Thursday 31 May 2012

Alone...

lama dah blog tak ber hupdet...
kerana mood saya telah ke laut..
incik hubby bermusafir...4 hari 3 malam ke Beijing..
tinggal lah kami bertiga..
rutin tidak seperti selalu nya...
dan kami sangat sunyi...kerana tak cukup korum...


walaupun selalu ditinggalkan...
tapi kali ini saya sangat sedih..
kerana incik hubby saya sudah lama tidak bermusafir..

bila tinggal bertiga..
keadaan saya jadi sangat sibuk..
kerana kami selalu berkongsi menyudahkan tugasan rumah..
bila bertiga..semua nya saya siap kan sendiri...

kasihan Irdina dan Umar...
selalu berlari ke pintu bila terdengar bunyi kereta..
sangka nya incik ayah sudah pulang..

puas sudah saya menerangkan...
menunjukkan google maps...
untuk menggambarkan betapa jauhnya incik ayah...
tapi Irdina nampak jarak itu sangat dekat..
"nanti Dina jalan kaki pegi jumpa ayah"...
hihihi...aduhai anak...

semoga incik hubby saya selamat di sana..
dijauhkan dari segala bahaya...
selamat dalam perjalanan pulang nanti...

kami tak sabar tunggu abang pulang esok...

Wednesday 23 May 2012

Aksi-aksi akrobatik Umar Zareef

Set 1
ready

lommmm....

pattttt....

heeeyaaaa...

berjaya mendarat dengan selamat

Set 2,
jump...jump...

lompat lagii...

mendarattttt...

"haih...adik ni....seram Dina"

Saturday 19 May 2012

personaliti

bukan niat membezakan anak-anak..
tapi semakin bertambah usia Dina & Umar, keunikan personaliti mereka semakin terserlah..

lokasi : home sweet home
keterangan : ketika masuk ke rumah, kedua-dua mereka akan beri salam..dan tanggalkan sandal..


umar akan menyusun selipar dengan kemas ( kali ini terbalik kanan-kiri..kadang-kadang ok),baru masuk ke rumah



cik dina akan terus meluru masuk lepas tanggalkan sandal..maybe atas kapasiti sebagai kakak..dina tak kesah pun kedudukan sandal nya..

perkara sama akan berlaku setiap kali saya meminta mereka mengemaskan mainan..umar akan lebih tekun mengemas berbanding anak dara saya..

begitu juga di meja makan..setiap nasi yang jatuh keluar dari pinggan akan dikutip oleh cik umar dan dimasukkan dalam piring kecil..cik umar memang pantang dengan keadaan yang tak bersih dan tak kemas..

kedua-dua nya kesayangan saya..dengan personaliti berbeza..semoga saya tak jemu mendidik kedua mereka dengan perkara-perkara yang baik..

posted from Bloggeroid

Monday 14 May 2012

18SG: Seorang adik pijak kakaknya sampe pensan / Buli balik

MKA,

Dunia pernah dikejutkan dengan kekejaman seorang kakak terhadap adiknya (klik sini).
Mungkin betul apa yang dikatakan sebagai "what goes around, comes around". Inilah yang terjadi terhadap Irdina Ameenah yang dahulunya suka membuli adiknya dahulu, dibuli pula oleh adiknya. Itulah yang dikatakan buli balik atau dalam bahasa jawanya "payback time". Berikut adalah sebahagian gambar yang sempat dirakamkan di tempat kejadian.






Man U tak menang tahun ni, 2012 tahun berlagak-free

by MKA,

Dah biasa berlagak time camni hampir setiap tahun, bile tahun ni MU tak menang rase semacam la pulak. Walaupun kecewa, tapi takpe tahun depan cuba lagi.

Faktor kekalahan adalah salah sendiri. Man City memang team terbaik season ni. Takpe, bagi chan kat jiran la plak. Kesian diorang.

Saturday 12 May 2012

Melaka Kitchen @ Mines2

MKA,

Memang tidak banyak kedai makanan Melaka yang bertaraf restoran terdapat di sekitar Lembah Klang. Yang adapun gerai-gerai di tepi jalan yang mana untuk makan bersama anak-anak kecil mungkin tidak selesa. Jadi selepas sahaja kami mendapat tahu tentang restoran ini dari blog jom libur, kami terus membuat keputusan untuk mencuba. Ia terletak di tingkat satu bangunan Mines2 yang terletak bersebelahan the Mines yang dipisahkan oleh sebuah jalan kecil.


 
Jika anda on the rush atau memang tidak boleh menuggu lama untuk pesanan makanan anda, mungkin restoran ini bukan untuk anda. Tapi mungkin masa yang lama diambil bagi memastikan kualiti makanan yang dihasilkan. Kami menunggu selama 15 minit untuk pesanan kami.


Air Limau ais

Teh O ais
Asam Pedas Tenggiri
Asam pedas adalah signature dish restoran ini. Bagi menu ini, anda dinasihatkan untuk mengambil set menu yang berharga RM 8.90. Asam pedas yang dimasak memang mempunyai rasa yang amat lazat serta pekat. Kami memang rekomen set ini kepada nada anda semua.

Irdina dan Umar mengisi masa sambil menuggu makanan.
Nasi yang datang bersama set asam pedas.

Kids platter.
Kids platter dihidangkan bersama sosej goreng serta fish ball.
Mee Gulung Naini.
Mee gulung Naini adalah mee yang digulung dengan telur seperti nasi pattaya dan disedikan dengan kuah yang seakan-akan kari tetapi bukan kari. Walaupun ia nampak menarik, tetapi pada pendapat peribadi saya, rasanya ok tetapi tidak ada banyak kelainan dari mee kari biasa selain dari telur gulung. Yang ini berharga RM 7.50.

Kuih buah Melaka.
Di samping itu, terdapat juga kuih. Antara kuih yang dijual pada hari tersebut adalah karipap dan kuih buah Melaka yang mana ia juga adalah signature dish bukan hanya restoran ini, tetapi juga bagi Negeri Melaka.

Rimusan: Hidangan yang kami rekomen adalah asam pedas yang sememangnya antara terbaik yang anda boleh dapati di dunia ini dan mungkin yang terbaik di Lembah Klang. Namun bagi hidangan Mee, rasanya boleh tahan juga tapi tiada yang menarik untuk sebuah full-fledge restoran seperti ini dan pada harga yang ditawarkan. Tetapi jika anda ingin mencuba, kami alu-alukan. Presentation memang banyak yang harus diperbaiki. Harga adalah berpatutan untuk restoran konsep seperti ini. Adakah kami akan datang lagi? Jika kami datang ke Mines lagi, mungkin.

Sekian.

Friday 11 May 2012

Lontong...

nasi impit yang tak berapa terhimpit..boleh la kan

masak lodeh..

sambal tempe...
Kewujudan stok tempe menyebabkan kepala saya merangka bermacam-macam menu tempe...
ini lah menu dinner malam ini...
kata incik hubby Lontong...ye ke?
masuk kategori dah ke?
dengan isi yang tak cukup syarat...
boleh la kan...makan sendiri...
heheh....

Tuesday 8 May 2012

seploh macam

bosan terpaksa duduk selama 2 jam lebih..berhampiran tingkap..bersebelahan dengan orang yang tidak saya kenali..saya membelek koleksi gambar anak-anak tersayang..

ini dia seploh macam gambar pelbagai variasi yang berjaya mengukir senyum di bibir saya..




















posted from Bloggeroid

Tuesday 1 May 2012

Umar Zareef kini bergelar model pakaian kanak-kanak

MKA

Umar Zareef seorang bayi yang perasan sebagai seorang kanak-kanak selesai menjalani sesi penggambaran untuk iklan pakaian kanak-kanak. Sebelum itu beliau telah ditawarkan sebagai model untuk suatu jenama tayar lori tetapi terpaksa ditolak kerana tidak cocok dengan penampilannya yang kebudak-budakan. Sesi penggambaran ini telah dijalankan di Cameron Highland dan mengambil masa selama 2 hari. Apabila ditanya oleh wartawan akan prospek kerjayanya sebagai seorang model, beliau menjawab "this is just the beginning, and there will be lot more to come. But it's all depend on my mum & dad".