Tuesday 29 October 2013

Gegaran Dinosaur - Perpustakaan Shah Alam

Lagi gambar semasa lawatan ke pameran dinosaur di Perpustakaan Negeri Selangor di Shah Alam. Untuk ke post asal sila klik sini.













Sunday 20 October 2013

Gegaran Dinosaur

Antara kami ada peminat dinosaur..
sape lagi kalau bukan hero kecil kami...Cik Umar..
Oleh sebab cik umar merengek2 nak melawat dinosaur peliharaan nya..
kami ke Muzium Sultan Alam Shah..
ada Gegaran Dinosaur Di Shah Alam..
Walau tak berapa ekor..ada 15 camtu kot..
Umar ulang alik sampai 3 pusingan..
Sampai puas hati..
Layankan je..



obses dengan TRex

Takut..dengan gambar je berani

Cik Ayah dgn Cik Dina

Khusyuk

Spesis dinosaur jinak

Gile ganazzzz

aksi yang membuat cik Dina takutt

saya takut yang ni...dipercayai tok nenek buaya yang ada sekarang...
eeeeyuuuu....

masuk-masuk je nampak member ni...
posted from Bloggeroid

Tuesday 15 October 2013

Raya Haji 2013



Ada 3 lagi yang tak ada..
Pak busu tak dapat cuti..abg dihar..izzaldin..izdiyat tak dapat join sama...
posted from Bloggeroid

Wednesday 2 October 2013

Irdina's School

Tahun depan umur Cik Dina 5 Tahun...
Kami memang dah bercadang nak hantar Dina ke sekolah pada tahun depan...
memang pening memikirkan sekolah anak-anak..
yang mana nak dipilih..
kerana pilihan sekolah dengan kehendak yang kami mahu tidak banyak..
(kehendak atas keperluan)
satunya sebagai ibu bapa..mestilah kita nak yang terbaik untuk anak-anak...
keduanya..sekolah yang nak dipilih mestilah tidak menyebabkan masalah kami terpaksa bercuti terlalu kerap..
ketiganya..one stop centre...sekolah dan day care...
keempat..selamat untuk Cik Dina..

timbang dan pilih berpuluh kali..
antara perkara yang kena diambil kira adalah TIDAK MELIBATKAN TEMPAT YANG JEM PAGI & PETANG (mana nak dapat yang tak jem langsung...asalkan tak jem teruk cukup baik dah)....
serta TAK JAUH DARI OFIS KAMI...

google daripada banyak blog, forum dan bermacam medium lain...
akhirnya Alhamdulillah...kami dah pilih...
atas persetujuan..pro & cons..dalam perbincangan akhir...semalam...
>> english medium
>> dekat ofis cik suami (kalau ayah outstation..banyak jalan alternatif untuk ke sana..)
>> full day program sehingga 530 petang..
>> iqra'
>> ada program KAFA transit untuk student 7-12 tahun (perancangan jangka masa panjang)

hari ni cik suami dah bayar untuk register dan uniform...
bulan 12 nanti...ada orientation...2 minggu...2 jam sehari...
(my oh my...kene standby cuti)

Untuk anak-anak kesayangan kami..biar kami berhabis agar Dina dapat yang terbaik..
Umar akan menyusul bersekolah sama di sana nanti InsyaAllah..tahun 2015..

Alhamdulillah...lepas dah sesak dada & serabut kepala...
moga jalan yang Allah tunjukkan ini yang terbaik untuk permulaan pendidikan formal Irdina..
moga tadika yang kami pilih ini tempat yang selamat untuk Irdina sepanjang kami bekerja..
moga Irdina jadi anak solehah yang berjaya cemerlang di dunia dan akhirat..

Tuesday 1 October 2013

Kelebihan Kain Kapas

Zaman dah berubah..
kalau dulu kain kapas hanya pakaian nenek-nenek...
dibuat baju kurung kedah..untuk pakai basahan di rumah...
sekarang tak lagi..kain kapas dah makin diminati..

sesuai untuk orang-orang yang tak rajin menghabiskan banyak masa untuk perkara-perkara selain yang perlu...(macam saya)...hahahaha

antara kelebihan kain kapas :

TAHAN CUACA --> satu-satunya fabrik di dunia yang tahan kepada semua jenis cuaca (bezanya adalah cara pemakaian..lebih tebal untuk di tempat beriklim sejuk);

HYPOALLERGENIC --> material hypoallergenic : sesuai untuk individu yang ada masalah alahan kulit atau habuk kerana kain kapas ini semulajadi nya tidak menerima habuk mahupun hama;

GENTIAN TAHAN LASAK --> gentian paling kuat yang tahan suhu tinggi tanpa merosakkan struktur material kain kapas (contohnya kalau direndam dalam air panas pada suhu didih untuk tujuan pembersihan, kain kapas masih utuh);

BERONGGA --> sifat kain kapas yang berongga dapat memberikan badan pengaliran udara yang baik;

SERAP AIR --> kain kapas juga mempunyai sifat menyerap air dan ini dapat mengelakkan badan dari berbau;

PENEBAT --> kain kapas adalah penebat elektrostatik yang berguna untuk melindungi organ dalaman daripada terkena elektrostatik yang dikhuatiri boleh mengakibatkan kesan sampingan, lebih-lebih lagi golongan tua, pesakit yang baru selesai menjalani pembedahan.

KEGEMARAN RASULULLAH -->dan paling penting kain kapas adalah kesukaan baginda Rasulullah S.A.W berdasarkan hadis ini :

Hadis Anas bin Malik r.a: Diriwayatkan daripada Qatadah r.a katanya: Kami bertanya kepada Anas bin Malik:     Pakaian apakah yang paling disukai oleh Rasulullah s.a.w atau digemari oleh Rasulullah s.a.w? Beliau menjawab: Hibarah iaitu sejenis pakaian yang diperbuat daripada kapas dan dihias


Tuesday 24 September 2013

Irdina dan "Pokok Nasi" (Kampung Geliong - Kuala Kangsar)

by MKA,

Inilah kali pertama padi menguning semasa kami balik ke kampung Opah (Moyang untuk anak kami) di Kuala Kangsar. Maka kesempatan ini digunakan untuk saya membawa anak kami untuk melihat bagaimana padi ditanam dan bagaimana rupa padi sebelum menjadi nasi. Info ini bukan untuk anak-anak sahaja, ia untuk saya juga yang jarang-jarang melihat tanaman padi.


Dimulakan dengan aktiviti bergambar.

Bergambar lagi.

Padi masih belum cukup matang lagi namun ia berguna juga untuk menerangkan kepada Irdina mana datangnya nasi yang selalu dimakan itu.

Kesempatan digunakan untuk bergambar.

dan bergambar lagi.

dan lagi.

Lagi-lagi bergambar.

Ambil gambar alam semulajadi pula.

Alam semulajadi lagi.

Kembali ke Irdina balik.

Untuk memudahkan Irdina untuk memahami, saya menggunakan istilah "pokok nasi".

Bergambar candid pula.

Kesempatan juga digunakan untuk berjalan-jalan melihat keindahan alam semulajadi. Yang ini curi-curi ambil gambar.

Monday 23 September 2013

Friday 13 September 2013

Masa terluang







Dasar pemalas...hehehe
Kalau tak update..dapat upload gambar pon dah satu kejayaan besar tau...
Muahahaha
posted from Bloggeroid

Friday 6 September 2013

Kawen laaa..

Di suatu petang yang sendu..

Dina : perut ibu ada baby ke?
Ibu : takde la sayang..
Dina : alaaa...ibu kawen laaa..nanti boleh ada baby...dina nak jaga baby...
Hahaha...dina..dina..

posted from Bloggeroid

Thursday 29 August 2013

Rentas Masa

sekejap betul masa berlalu...
anak-anak dah besar..
sepatah kita tanya..sepuluh patah dia jawab...
hehehe...

kata ibu : dina nak makan tak?
kata cik dina : dina dah gemuk la ibu...tak nak...
kata ibu : dina kan comel..bukan gemuk...
kata cik dina : takpe je..ibu rehat je..dina tak nak makan...
kata ibu : (diam)..dalam hati mengomel "ibu sayang awak la kakak..tq sebab memahami"



teringat cik umar bertepuk tangan...
di tengah malam...
kelepek...kelepek...kelepek...
apekah???
hoho...budak ni kuat mengigau...
belum lagi kesah dia tiba-tiba menjerit tengah malam...
boleh gugur jantung i tau...
anak ini terlalu sensitif dengan riak muka ibu...

kata cik umar : kenapa mata ibu nampak sedih je??
kata ibu : eh takde la..mata masuk habuk.. (ayat standard)
kata cik umar : jangan la sedih...umar ada..
kata ibu : (speechless)...dalam hati menangis lagi..bertuahnya ada anak sebegini..



"okey...masa ibu sebaya awak berdua ni..."
mmmm...takde idea..(garu kepala)
mulut ibu sepetah awak berdua ke??
tak tau la sebab nenek & atok ibu dah takde nak ceritakan kesahnya...
al fatihah buat kedua-dua nenda...

Monday 26 August 2013

anak oh anak

gambar masa usia 4 bulan
Dahlya (baju kelabu) dan Irdina (baju putih)
credit to kak yan

gambar sekarang..

Irdina (baju belang merah) dan si comel Dahlya (baju biru)

haih la anak...
kadang-kadang ibu jadi risau..
moga awak sentiasa sihat...
jauh dari penyakit berbahaya, perkara merosakkan dan kejahatan syaitan serta manusia..

Thursday 1 August 2013

Day 3 : Poring Hot Spring - Desa Cattle Dairy Farm - Kinabalu Park

Hari Ketiga..bangun seawal 5.00 pagi untuk solat subuh..
waktu subuh di sini jam 4.41 pagi...
huuu...sangat bertabah dengan air paip yang sejuk amat...

jam 6.00 saya dah terpacak di luar bilik..
menyaksikan 'cinta hati' saya muncul...
perlahan-lahan gumpalan awan meninggalkan puncak...
bila matahari memberikan sinar...(tu diaaa)...
alhamdulillah...saya nampak 'si dia' lagi...
cantik...cukup cantik pemandangan di sini...
Subhanallah...


pemandangan dari depan bilik

puncak kinabalu
saat saya dan incik suami bangun solat, cik Dina dah jaga...
cik Umar masih tidur...
kami menyaksikan kemunculan 'si dia' bertiga...
walaupun cik Dina masih tak faham keindahan Kinabalu...
tapi dia tau Wan Cu penah berjaya menakluki Kinabalu...
entah bila lah turn kami pula...

berulang kali soalan ini ditanya kepada saya "ibu suka ke kinabalu?"
of course sayang...
sangat-sangat suka...
sejak dulu ini lah antara tempat yang ibu selalu sebut-sebut nak pergi...


selesai mengabadikan gambar sang kinabalu...
anak dara saya ni sambung tidur semula...
kesian...mengantuk sangat...

sementara saya dan incik suami bersiap dan berkemas apa yang patut...
jam 9.00 kami kejut anak-anak bersiap...
kami bercadang untuk bawa anak-anak mandi di Poring Hot Spring...
jadi...tak perlu lah mereka mandi di bilik..

sarapan dulu di Restoran Razida (Pekan Kundasang)
menapak turun
Pemerhatian kami...restoran ini adalah satu-satunya restoran mamak di Kundasang..
walaupun kuah dal nya tak macam kuah dal di semenanjung..
tapi okay la jugak...
telan kan aje...
Restoran Razida
selesai makan...terus ke destinasi pertama...
ulang tayang lembu tenusu...

jalan menuju Desa Cattle Dairy Farm

simpang kanan kiri menuju ke sana
sebaik tiba...sebelum masuk ke sana...
kami diberitahu oleh kakak penjaga tiket...hahaha...
yang lembu-lembu dilepaskan untuk makan...
kami tak digalakkan untuk masuk..
kerana kemungkinan kami hanya akan bazirkan masa dan duit...
"tak jamin kamu boleh nampak lembu-lembu itu...
sebab biasanya mereka makan di kaki gunung...
jauh ke sana bah"
(sila cakap dengan dialek sabah)
lalu kami ambil keputusan untuk ke destinasi kedua..
Poring Hot Sping...
tuuu diaaa...Desa Dairy Farm
kolam air panas poring ni terletak di Ranau...
kawasan air panas ini terletak berhampiran dengan kaki gunung kinabalu...
selain kolam air panas...ada Canopy Walk..taman rama-rama..
taman orkid..taman tropika...
ada juga chalet penginapan untuk mereka yang ingin bermalam di sini...

perjalanan dari hotel ke sini mengambil masa lebih kurang 50 minit...
di sini ada disediakan kolam air panas terbuka dan tertutup...
oleh kerana hanya dina dan umar yang mandi...
kami ambil tempat di kolam air panas terbuka..
kolamnya banyak di sini...
mana-mana yang kosong...haa...terus pergi aja...
ada 2 paip..satu air panas...dan satu air biasa...
pandai-pandai la adjust mana yang patut...

biasa nya pendaki-pendaki yang baru turun dari Kinabalu akan mandi di sini...
setelah penat mendaki...
mandi air panas...
huuu...cukup menyegarkan...
seperti cerita Busu kepada saya...

sementara tunggu air penuh...bergasak dulu...
selesai mandi...kami ke Canopy Walk...
sebelum tu...lupa plak...
masuk je gate hot spring ni kene bayar RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak...
canopy walk pula kami kene bayar RM 3 lagi untuk dewasa dan foc untuk kanak-kanak bawah 6 tahun..

mereka-mereka yang ada masalah jantung, darah tinggi, gayat tidak dibenarkan naik...
namun tiada pemeriksaan khusus...petugas hanya bertanyakan soalan sahaja...
sebelum sampai ke Pondok Manggas (pondok mula untuk canopy walkway)...
kami kene mendaki bukit kira-kira 550 meter...
curam...agak licin...
termengah-mengah la jugak...
tapi dua org dak kenit tu steady je..
siap melompat-lompat lagi...

sampai di Pondok Manggas...tunggu lah turn untuk naik...
kerana kebetulan masa kami sampai tu...
bersama sekumpulan pelancong dari Hong Kong...
huuu..hebat-hebat diorang ni...
bukan muda saja..ramai yang dah berumur...
steady je naik bukit tadi...

insan-insan gayat dan penakut seperti saya dan cik dina adalah sangat seksa untuk berjalan...
saya menghela nafas berulang kali untuk mengawal rasa takut...
saya berjalan dengan cik umar...yang selamba badak berlari atas walkway ni...
ya ampun...seriaunya la ibu awak ni tau tak..
cik dina pula jalan bersama ayah...puas la incik suami memotivasikan anak dara tu...

canopy walkway ni tergantung pada ketinggian 41 meter dari aras tanah...
dengan panjang perjalanan 157.8 meter...
ada 5 jambatan...
jambatan ke 5 agak panjang dan paling mencabar untuk saya...
kerana lebih berbuai...
habis je meniti semua jambatan tu...rasa macam lepas semua beban...
hahahah...dasar penakutttt....

tips untuk manusia gayat dan penakut macam saya...jangan pandang bawah...
pandang depan je....

sampai pondok last tu...kene menapak turun 550 meter lagi...
sebelum sampai ke kaunter...


tunggu turn naik canopy walk
kami terus ke Restoran Papar...terletak di deretan kedai depan Poring Hot Spring ni...
untuk lunch...
bezanya di sini..lauk tak dihidang secara buffet...
order baru masak...
memang sedap...

details bayaran masuk
selesai makan..kami bergerak ke Desa Cattle Dairy Farm...
hari ni dah janji dengan Dina dan Umar...
untuk feed kambing dan lembu...
boleh juga susukan anak lembu / anak kambing dengan botol susu...
sebotol susu (5 oz je) dikenakan caj RM1.50..
manakala seikat rumput dicaj RM1.00..

anak kambing dan lembu di sini jinak..
berbunyi saja kalau nampak orang...

sebelum pulang kami bergambar di kawasan ini...
banyak tempat yang cantik untuk bergambar...
dengan latar belakang kabus dan kinabalu...

ayah dan umar di Desa Dairy Farm
jam 5.00 petang kami bertolak ke Kinabalu Park...
cuaca mendung..dan ada tanda-tanda hujan akan turun...
keadaan di atas cukup berkabus...
dan sangat mengerikan..
cik umar dah 'pengsan'..
kami tak turun ke mana-mana..
hanya cik dina turun teman ayah ambil gambar...

sebelum balik kami singgah untuk tapau makanan di Restoran Intan..
dan KFC di Pekan Kundasang...

hujan lebat sebaik kami sampai di hotel...
anak-anak hanya tutup kepala dengan sweater...
saya sedapkan hati...hujan di sini masih tidak bahaya...
sampai di bilik...rehat...
makan...
dan tidur....

Kinabalu Park
posted from Bloggeroid