Monday 27 June 2011

Tahniah

Post utk merakamkan ucapan tahniah buat Abg Faaez dan Sabariah atas kelahiran permata hati kedua pada 26/06/2011..
Putera kedua ini diberi nama Muhammad Izzaldin...bermaksud.. Praised...Might of the faith...
Semoga kelahiran ini akan menambahkan kebahagian untuk abg sekeluarga...
dan semoga Izzaldin dan Izdihar akan menjadi anak yang soleh...
Amiinnnnn


Tuesday 21 June 2011

Mari Mengenal Diri...

Bodoh


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kebodohan atau kedunguan ialah sifat seseorang, suatu tindakan atau 
menandakan kecerdasan rendah atau lemah kemampuan belajar. Hal ini 
sering kali digunakan sebagai perkataan kepercayaan yang terjadi akibat 
atau yang memaki dan menghina kerana ia mempunyai konotasi negatif. 
Dengan itu istilah bodoh atau dungu ini amat sensitif kepada semua orang 
kerana perkataan ini merendahkan imej seseorang.

Dalam Bahasa Jepun, Bodoh disebut sebagai Baka / Aho....
Sekiranya di terjemah dalam Bahasa Belanda..ianya adalah dom
Irish pule menyebut bodoh sebagai  dur
Dalam Bahasa Potugis pula, bodoh adalah estupido
Bahasa Vietnam antara yang menarik, bodoh disebut sebagai ngu ngoc

Walaupun perkataan ini tergolong dalam perkataan yang sensitif digunakan, 
namun ianya paling suka disebut oleh sesetengah orang. Perkataan ini biasanya
digunakan untuk melepaskan 
rasa marah, atau menggambarkan 

kerendahan intelektual seorang individu yang lain. Sekiranya perkataan ini 
digunakan kepada haiwan, bukan lah bermaksud haiwan itu bodoh, bahkan 
orang yang menyebutnya lah yang terlebih bodoh.

Perhatikan posting ini...tidak tersusun...tidakkah ianya menggambarkan kebodohan 
penulisnya...kadang2 btul juga ape yang orang bagitau pada kita sebab
kita x kenal diri sendiri..orang yang melihat perwatakan kita lebih tahu..

Saturday 18 June 2011

Gempar: Kemalangan di Lebuhraya KL-Seremban 17/06/2011

Edisi Malang oleh MKA,

Video kemalangan yang berlaku di Lebuhraya KL-Seremban, di kilometer 160 arah selatan yang langsung tidak ngeri. Tiada kematian atau kecederaan serius dilaporkan. Tindakan pantas polis berjaya melancarkan trafik dengan pantas. Kepada para pembaca yang budiman, memandulah dengan berhati-hati agar NCD anda yang terkumpul sehingga 45% tidak hangus begitu sahaja.


Friday 17 June 2011

rindu datang lagi

lewat petang ni...aku rindu lagi padamu sahabatku
lewat petang ini...bait-bait katamu terngiang-ngiang di telingaku
lewat petang ini...senda gurau mu berulang satu persatu
lewat petang ini...terasa benar aku kehilanganmu
lewat petang ini...kaku mata pena ku
lewat petang ini...hilang semangat juang ku
lewat petang ini...bergenang air mataku
lewat petang ini...aku menghitung hari untuk kita kembali bersatu

* kak, saya rindu sangat akak...medan juang ini sunyi tanpamu....
  dedikasi untuk sahabatku

Wednesday 15 June 2011

1 jari tunjuk aku, 4 lagi tunjuk kau la...

bengang dgn org yang suke-suki tuding jari kat orang lain sebab nak selamatkan diri...common lah...berani buat kene berani tanggung maaa...dah banyak kali tersepit pun x sedar diri jugak...balik-balik orang-orang yang selamatkan korang ni jugak la yang korang gigit...han**** btul laaa...
argkhh...marah tahap gaban dah ni...jangan la sombong bongkak sangat...ape korang ingat korang ke yang menongkat langit...hampeh...hampeh...telus la buat kerja...jujur...jangan halalkan apa-apa yang haram...blackberry ke...pc ke...belum kire makan-minum lagi....ape pun yang korang dapat daripada orang supplier/kontraktor/org perseorangan/syarikat...nama nya rasuah kerana semua tu diberi untuk kepentingan dan imbalan lain...isikan perut korang dengan hasil haram tu akan buat hati makin gelap dan tak nampak kebenaran...maka keluar lah fatwa-fatwa pelesu yang korang suke-suki reka nak halalkan yang haram....
btul la kata abang, orang yang dah biasa tak kan rasa salah...bahkan akan cari alasan untuk mengHALALkan pendapatan nye yang terang-terang HARAM...
takut nya YA ALLAH, lindungi aku, keluarga ku daripada smua fitnah dan perkara buruk ini...
kitorang yang korang selalu salahkan...jadi tempat 'berlindung' untuk buat salah ni...masih tunggu korang berubah...kami masih menonton 'drama' ini...tak sabar nak tahu ape kesudahannya..makin bosan dengan mainan wayang korang ni...cukup bosan dengan karenah korang ni....sedar lah woiii....
adehhh....dah la korang tu...ish...malas nak ckp...buat la perangai baik...berubah la...ikut peraturan...jangan la baling batu sembunyi tangan...tuding plak kat orang lain...tolong tgk balek kalau tangan korang tak cacat...satu jari yang korang tuding kat aku...tapi ada 4 lagi yang korang tuding kat diri sendiri...

Tuesday 14 June 2011

kisah kami pada hari ini....

arini kami beramai-ramai turun dok melanguk kat sekitar bangunan PERKIM ni sbb dah 2 kali bgnn ni bgegar dgn kuatnya...smpaikan trase mcm kerusi ditolak-tolak...

kali pertama bile masuk je ofis..sume org tanye "ade rs gegar x??"...ntah....xde ape pn...
kali kedua bile tgh log in pc kak yatie...ttibe rs mcm krusi kene tolak2...toleh belakang takde ape-ape pn...br la prasan sume org tgh menghayati gegaran tu...tak kurang jugak ade yg dah terlebih peka, dah siap sedia dgn helmet+beg+segala macam aksesori..nak blah...heheh...

bile gegaran berhenti, baru la sume melatah macam org baru pulih dari pukau...heheh...tapi sume masih tak berganjak dari tempat duduk sebab....sebab ape ek???
takde sebab ape-ape...tak tau knape sume org jd sgt-sgt baik arini...dok stay je kat tempat masing-masing...pegi-balek pun kat situ jugak...heheh...

bile ade yang baru masuk bagitau dah ade arahan kosongkan bangunan...see....betapa serius nye...heheh...tapi bagusnye sume x panik...dok berlenggang kangkung amek handbag...heheh...siap off pc tu...haih...sabo je laa...

itu la kesah kami pada hari ni.....heheh

Monday 6 June 2011

Hadiah Dari Hubby


Tersangat2 la gumbire nye since last saturday...sengih2 memanjang...heheh...tq hubby sbb menunaikan hasrat hati....(chewahhh)... ni dia...tadaaaaaa~
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

my new phone...galaxy tab....
lps survey segala bagai....mende alah ni sgt2 la praktikal utk diriku yg teramat malas ni...kalau g meeting segala bagai nak bwk smpai penuuh tgn...smpai jatuh2 segala-mala dokumen...huhu...kuli kn...kene standby mcm2 bahan a.k.a jawapan utk encik boss...sat g dia fail nk jawab...aku juugak yang kalah salah....huhuhu...

another thing...sgt2 best sbb skrin yg sgt besar...bole view gambo anak2 dgn sgt puas atinye sbb skrin yg besor lebor gedabak....heheh...so, arini kene g bli casing utk buah hati baru ni...nanti2 la bole cari lain2 aksesori yg best sket...

so, encik hubby pn dgn semangat nye (eceh...mcm la awk idokk) menginstall segala macam perkara untuk kemudahan di kemudian hari...such as papago (even dah ade gps)...games yg segala bagai...you tube video...gadget2 menarik....fuhhhh...best2...

akhir kata ...
"pisang emas bawa belayar
masak sebiji di atas peti
hutang emas boleh dibayar
hutang galaxy tab dibawa mati"

thanxomuch abg..luv u...luv u...luv u......mmmuuuuaaahhhhh~

someone yang ade galaxy tab ni jgk tanye ape prasaan lps dpt mende alah ni....huh,rs nye x boleh diungkap dgn kata-kata...sgt2 best...berguna sgt2...mmg berbaloi...heheh...best giler la wa cakap lu...skrg ni bukan stakat bole surfing dgn bestnye je...tp lg x bole blah bole surfing dlm kete pn...selambe x hingat....heheh....thanks again cik abg....mmuah...mmuahh...mmuah...

Saturday 4 June 2011

Fort Cornwallis - Georgetown, Pulau Pinang - Retak Menanti Belah

oleh MKA,

Jika anda ke George Town, satu tempat yang wajib dilawati adalah Padang Kota atau Esplanade. Jika anda berada di sini, pasti akan terlihat akan sebuah monumen lama yang besar di mana di dalamnya terdapat sebuah rumah api. Ia dipanggil Fort Cornwallis, sebuah kubu lama yang didirikan sebagai satu mekanisme pertahanan British dari serangan musuh pada masa itu seperti lanun, Perancis yang berperang dengan British semasa perang Napoleon dan Kerajaan Kedah yang inginkan kembali Pulau Pinang. Namun pada masa ini, diera moden yang mana ancaman perang sudah tidak lagi wujud, kubu ini diancam dengan musuh yang saban hari memusnahkan strukturnya sedikit demi sedikit, iaitu usianya sendiri dan kekurangan dana untuk penyelenggaraannya.

Tembok kota. Gambar diambil dari pintu masuk utama.

Selepas 225 tahun, apakah mungkin kubu ini akan masih wujud lagi katakanlah untuk 100 tahun lagi? Ya boleh, tetapi dengan syarat, ia harus dijaga dengan baik jika kita ingin cucu cicit kita nanti dapat lihat apa yang ditinggalkan oleh generasi terdahulu. Tetapi dari apa yang dapat dilihat, mungkin ia akan masih wujud 100 tahun lagi, mungkin bukan lagi sebagai sebuah monumen, tetapi lebih kepada puing-puing dari peninggalan binaan zaman silam yang sudah dilupakan. Adakah kita rela ia berlaku sedimikian? Jawapannya ya, kerana bangsa kita adalah bangsa yang tidak mahu belajar dari sejarah serta tidak tahu akan kepentingan tinggalan-tinggalan sejarah.Ini dibuktikan dengan kedatangan pelancong tempatan yang amat kurang sekali.


Dari pengamatan kasar, terdapat kesan-kesan yang mana mungkin ada aktiviti-aktiviti penyelenggaraan dikakukan seperti apa ynag penulis sempat lihat, kontraktor memotong rumput dikawasan sekitar. Namun adakah yang dilakukan itu mencukupi untuk menyelenggara bangunan berusia lebih 200 tahun? Tidaklah diketahui dengan tepat sebab mengapa ia tidak begitu dijaga, tapi kemungkinan yang paling besar adalah kekurangan dana. Kos yang amat besar serta berterusan diperlukan untuk menyelenggara aset sedemikian. Tetapi kita tidak mempunyai jalan lain selain dari menjaga artifak sejarah kita yang masih wujud walau betapa besar sekalipun dana yang diperlukan kerana ia tidak ternilai dengan wang ringgit.

Satu lagi persoalan yang amat penting iaitu, adakah pihak yang bertanggungjawab lakukan apa yang patut bagi memberi gambaran yang baik kepada pelancong terhadap monumen sejarah kita. Lupakanlah kepada rakyat Malaysia, kerana secara generalnya kita tidak minat kepada sejarah. Dari maklumbalas yang diterima, rata-rata pelancong berasa amat terkilan dengan aspek konservasi dan penyelenggaraan. Sebagai contoh, bilik yang menempatkan plak informasi dibiarkan berhabuk tanpa pembersihan serta alat penghawa dingin yang rosak dibiarkan begitu sahaja serta ditutup dengan kain buruk. Justeru kami menyeru semua pihak yang terbabit mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelesaikan masalah ini sebelum ia menjadi lebih parah lagi.

Kami mencadangkan badan persatuan sejarah Pulau Pinang, Persatuan Sejarah Malaysia serta agensi-agensi kerajaan yang terlibat supaya lebih serius dalam menjaga kota bersejarah ini. Untuk pengetahuan pembaca, pada tahun 1977, kota ini telah disenaraikan dibawah Akta Antikuiti 1976 sebagai monumen bersejarah. Pada tahun 2000, kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM 1.9 juta bagi tujuan konservasi serta membaikpulih yang selesai setahun kemudian.Untuk rekod, ia adalah projek pembaikan semula besar-besaran yang terakhir, sejak dari itu, kota ini agak terbiar serta hanya menikmati penjagaan yang minimum sejak dari itu.

Harus diingat bahawa penyelenggaraan kota ini telah diswastakan pada tahun 1991 bagi meningkatkan kualiti pengurusannya. Persoalannya sekarang adakah ianya berkesan? Jawapannya terlalu banyak aspek yang boleh dibahaskan.

Patung Sir Francis Light

Bilik-bilik yang menempatkan plak informasi.

Gereja kecil yang unik tetapi tiada apa-apa yang menarik.

Ruang dalam chapel yang usang serta tidak dihias.
Unit penghawa dingin yang tidak berfungsi sudah tentu memberikan gambaran yang negatif kepada para pelancong.
Bilik-bilik yang menempatkan plak informasi.
Satu-satunya kawasan yang dijaga dengan rapi serta dihias adalah kedai cenderamata.
Bilik penyimpanan ubat meriam.

Meriam Seri Rambai yang ditempa pada tahun 1603 dan dihadiahkan kepada Sultan Johor pada tahun 1606. Pada 1613 ia telah ditawan oleh Portugis dan dibawa ke tanah Jawa dan disimpan di sana sehingga 1795. Kemudian ia telah diberi kepada Acheh dan dibawa ke Kuala Selangor. Akhirnya ia telah dirampas oleh British dan ditempatkan di Fort Cornwallis pada 1871.



Ruang dalam bilik ubat bedil. Tidak terjaga serta amat uzur.