Friday 19 October 2012

Tentatif ke HK

Kali pertama bercuti ke luar negara...destinasi kami ialah Hong Kong...
objektif asal untuk bawa anak-anak ke Disneyland Hong Kong...
banyak maklumat perlu dicari sebelum ke tempat yang tak pernah kita pergi..
contohnya :-
1) tempat-tempat menarik??
2) pengangkutan di sana???
3) hotel???
4) tukaran mata wang???
5) makanan halal??

Hasil daripada google maklumat dari blog-blog dan website, antara tempat-tempat menarik di Hong Kong ialah :-
1) the peak tram
2) avenue of star (malamnya ada pertunjukan symphony of light)
3) ladies market
4) clock tower
5) Tsim Sha Tsui Promenade
6) Hong Kong Disneyland
7) Ocean Park
8) Temple Street Night Market
9) The Big Buddha
ada banyak lagi...tapi tu je yang kerap blogger lain cerita kan...heheh
plan kami untuk melawat tidak banyak tempat..maklum lah pertama kali kembara dengan anak-anak ke negara orang...
Isnin : The Peak Tram - Islam Food Restaurant - Kowloon Mosque - Avenue Of Star 
Selasa : Ke Disneyland
kejadian sebenar -> 
Isnin : The Peak - ziafat - avenue of star - tsim sha tsui promenade
Selasa : seperti rancangan asal...walaupun tak dapat naek train disney atas faktor kemudahan angkut barang...takpe la...


pengangkutan pulak...jangan risau sebab public transport kat sana memang tip top...banyak dan cepat..
MTR ada...
bas ada...
teksi pun banyak..
dari airport ke hotel kami menggunakan bas..walaupun plan asal menaiki MTR...
tapi setelah teliti betul-betul map MTR...ada 2 interchange sebelum sampai ke stesen Tsim Sha Tsui..
ambil exit E dan seberang jalan terus ke Imperial Hotel...harus lah pengsan jalan jauh-jauh dengan 2 beg, 1 buggy dan 2 orang kanak-kanak kecil...juga 2 beg galas...
google last minit...bas A21 direct ke Imperial Hotel daripada airport..
cuma kene alert hentian ke 14 di Nathan Road/Middle Road...
view di google maps..hanya turun bas...pusing kiri...jalan dalam 100 meter sebelum masuk pintu hotel...
just nice...dan keadaan nyata memang begitu la seadanya...
tak sabar bila nampak kelibat hotel..."nak lelap...nak lelap"

kat sana juga popular dengan penggunaan Octopus Card...
memang kat mana-mana boleh guna Octopus Card...macam T n G gitu...
so...turun je flite..lepas berurusan dengan Imigration yang muka ketat...
sila terus berjalan ambil beg anda...dan menuju terus ke kaunter Customer Service MTR...
kalau tak jumpa tanya la sape-sape kat airport tu...
di kaunter tu nanti boleh beli Octopus Card...
untuk dewasa harga nya HK$150 (50 - deposit dan 100 - nilai dalam kad)
untuk kanak-kanak 3 hingga 11 tahun HK$70 (50 - deposit dan 20 - nilai dalam kad)
masa incik hubby beli, staff CS tu cadangkan kami tambah nilai untuk kad Dina (umar masih free...yeay) lagi HK$50 sebab nanti tak cukup...so, incik hubby pun setuju aje.lagi pun, dah nak balik nanti boleh return kad..nilai yang masih berbaki dalam tu dan deposit akan dipulangkan semula...eh...tapi HK$9 akan di caj untuk refund fee setiap kad..


jangan lupe ambil sekali MTR map...untuk rujukan sebab keseluruhan bandar hong kong dihubungkan dengan MTR...
kalau ada android phone boleh install aplikasi MTR, Bas HK..banyak info boleh dapat..
termasuk exit mana yang kita boleh lalu untuk ke lokasi pilihan..

hotel???
banyak hotel dan banyak hostel...
lebih baik bayar lebih sikit dan duduk la di hotel...
walaupun nama nya hotel tapi bilik agak kecil berbanding hotel kat malaysia ni...
apatah lagi kalau hostel...
jadi biar la berhabis sikit supaya selesa tidur..dah la penat berjalan.tidur pulak tempat sempit...
mesti terganggu emosi..
terpulang lah pendapat masing-masing...itu hanya pendapat saya...
lagi pun saya malas nak bawak towel mandi sebab hostel tak sediakan towel...
(alasan kukuh penegasan kepada incik hubby...heheh)
jadi kami menginap di Imperial Hotel Tsim Sha TSui 

tukaran mata wang...masa saya pergi...HK$ 1 = RM0.403
jadi semak la tukaran mata wang sebelum bercadang nak pergi..

untuk makanan halal...ada blogger kata senang..ada kate susah..
terpulang di mana tempat anda tinggal..
oleh kerana kami menginap di Imperial Hotel...
tempat nya betul-betul di sebelah Chungking Mansion..banyak restoran makanan halal...
pakistan...indian...
seberang jalan ada Ziafat Restaurant di Harilela Mansion..
berhampiran tu ada kedai makan baru bukak...Al-Maidah...
insyaAllah memang mudah...
selain tu..boleh juga rujuk link senarai makanan halal di hong kong

ok lah untuk first part...sambung kemudian untuk yang seterusnya...
daaaaa~

Thursday 18 October 2012

Hong Kong Trip Summary - Flight KUL-HKG Cathay Pacific A330-300

Kami terbang menggunakan CX (Cathay Pacific). Sebuah syarikat penerbangan Hong Kong. Sebab kami menggunakan CX adalah ia murah sedikit dari MH (MAS). Lagi satu flight MH ke HKG menggunakan Boeing 777-200 yang dah usang tu, sampai kalau nak makan pon, tray table die tu macam nak roboh. Maklumlah dah 20 tahun lebih umurnya. Lagipun MAS mane la ade duit nak refurbish. Cathay ok sikit, plane die dlm 10 tahun gitu, ok lagi la untuk regional international flight, medium haul. Cuma rasanya, makanan MH lagi syok kot, sikit je laa.
Bersiap sedia untuk masuk. Umar tibe-tibe rase nak dukung la pulak. Merajuk nak susu. Tapi x bole buat susu sebab air takde.

Berjalan masuk melalui aero tunnel.

Pas tu nak carik seat pulak.

Irdina got excited sbb kat depan ade screen.

Ehhh, Umar baru perasan. Excited la jugak.




Masuk je flight terus mintak air panas dari peramugari untuk buat air susu.

Agak-agak mamai nak tido.

Pemandangan dari dalam kabin.

Selepas 45 minit, makanan pun dihidangkan. kanak-kanak serta special meal akan makan dahulu.


Suke la pulak Irdina makan.


Nasi goreng telur jeee.







Steward sedang mengagihkan makanan.



Sambil makan, sambil enjoy in-flight entertainment. Ape lagi kalau bukan cerita kartun.






Umar suke bebenor dengan cerita kartun tu.
Summary: Cabin crew Cathay profesional sikit dari MAS, tapi ni mungkin berbeza dari staf ke staf, dan dari satu route dengan route yg lain. Makanan MAS ok sikit kot. Plane Cathay A330 14 kali lagi bagus dari MAS B777 yang dah usang tuh. Landing, obviously pilot Cathay lagi cermat kot. Again, this may differ from pilot to pilot. Through writer's experience, overall CX is slightly better than MH.

Saturday 13 October 2012

Siap siaga

Siap sedia untuk bermusafir..
Install siap2 pelbagai aplikasi yang boleh dimanfaatkan
Moga dipermudahkan.


Aplikasi agoda...masa awal-awal cari hotel..

Aplikasi utk cathay pacific mobile..
Mudah nak check in untuk flite pulang nanti..
Mudah juga nak monitor status flite..

Ada juga aplikasi untuk kiraan mata wang..
Mudah untuk kira berapa anggaran wang yang nak guna..
or yang dah guna...



ada juga aplikasi Hong Kong -Free Travel..
ada detail macam-macam pasal Hong Kong..

ada juga aplikasi HK Railways...
untuk maklumat semua train di Hong Kong...

Mobile Bus Info untuk maklumat semua pasal bas dan mini bas di Hong Kong...

MTR Mobile untuk semua maklumat pasal MTR Hong Kong..
semua stesen..semua interchange...semua exit...
dan yang paling penting tambang...

semoga dipermudahkan...
dalam hati ada debar...hak hak...
barang tak kemas lagi...alamakkkk...
(mode : pengsan sekejap)

posted from Bloggeroid

Wednesday 3 October 2012