Tuesday 29 October 2013

Gegaran Dinosaur - Perpustakaan Shah Alam

Lagi gambar semasa lawatan ke pameran dinosaur di Perpustakaan Negeri Selangor di Shah Alam. Untuk ke post asal sila klik sini.













Sunday 20 October 2013

Gegaran Dinosaur

Antara kami ada peminat dinosaur..
sape lagi kalau bukan hero kecil kami...Cik Umar..
Oleh sebab cik umar merengek2 nak melawat dinosaur peliharaan nya..
kami ke Muzium Sultan Alam Shah..
ada Gegaran Dinosaur Di Shah Alam..
Walau tak berapa ekor..ada 15 camtu kot..
Umar ulang alik sampai 3 pusingan..
Sampai puas hati..
Layankan je..



obses dengan TRex

Takut..dengan gambar je berani

Cik Ayah dgn Cik Dina

Khusyuk

Spesis dinosaur jinak

Gile ganazzzz

aksi yang membuat cik Dina takutt

saya takut yang ni...dipercayai tok nenek buaya yang ada sekarang...
eeeeyuuuu....

masuk-masuk je nampak member ni...
posted from Bloggeroid

Tuesday 15 October 2013

Raya Haji 2013



Ada 3 lagi yang tak ada..
Pak busu tak dapat cuti..abg dihar..izzaldin..izdiyat tak dapat join sama...
posted from Bloggeroid

Wednesday 2 October 2013

Irdina's School

Tahun depan umur Cik Dina 5 Tahun...
Kami memang dah bercadang nak hantar Dina ke sekolah pada tahun depan...
memang pening memikirkan sekolah anak-anak..
yang mana nak dipilih..
kerana pilihan sekolah dengan kehendak yang kami mahu tidak banyak..
(kehendak atas keperluan)
satunya sebagai ibu bapa..mestilah kita nak yang terbaik untuk anak-anak...
keduanya..sekolah yang nak dipilih mestilah tidak menyebabkan masalah kami terpaksa bercuti terlalu kerap..
ketiganya..one stop centre...sekolah dan day care...
keempat..selamat untuk Cik Dina..

timbang dan pilih berpuluh kali..
antara perkara yang kena diambil kira adalah TIDAK MELIBATKAN TEMPAT YANG JEM PAGI & PETANG (mana nak dapat yang tak jem langsung...asalkan tak jem teruk cukup baik dah)....
serta TAK JAUH DARI OFIS KAMI...

google daripada banyak blog, forum dan bermacam medium lain...
akhirnya Alhamdulillah...kami dah pilih...
atas persetujuan..pro & cons..dalam perbincangan akhir...semalam...
>> english medium
>> dekat ofis cik suami (kalau ayah outstation..banyak jalan alternatif untuk ke sana..)
>> full day program sehingga 530 petang..
>> iqra'
>> ada program KAFA transit untuk student 7-12 tahun (perancangan jangka masa panjang)

hari ni cik suami dah bayar untuk register dan uniform...
bulan 12 nanti...ada orientation...2 minggu...2 jam sehari...
(my oh my...kene standby cuti)

Untuk anak-anak kesayangan kami..biar kami berhabis agar Dina dapat yang terbaik..
Umar akan menyusul bersekolah sama di sana nanti InsyaAllah..tahun 2015..

Alhamdulillah...lepas dah sesak dada & serabut kepala...
moga jalan yang Allah tunjukkan ini yang terbaik untuk permulaan pendidikan formal Irdina..
moga tadika yang kami pilih ini tempat yang selamat untuk Irdina sepanjang kami bekerja..
moga Irdina jadi anak solehah yang berjaya cemerlang di dunia dan akhirat..

Tuesday 1 October 2013

Kelebihan Kain Kapas

Zaman dah berubah..
kalau dulu kain kapas hanya pakaian nenek-nenek...
dibuat baju kurung kedah..untuk pakai basahan di rumah...
sekarang tak lagi..kain kapas dah makin diminati..

sesuai untuk orang-orang yang tak rajin menghabiskan banyak masa untuk perkara-perkara selain yang perlu...(macam saya)...hahahaha

antara kelebihan kain kapas :

TAHAN CUACA --> satu-satunya fabrik di dunia yang tahan kepada semua jenis cuaca (bezanya adalah cara pemakaian..lebih tebal untuk di tempat beriklim sejuk);

HYPOALLERGENIC --> material hypoallergenic : sesuai untuk individu yang ada masalah alahan kulit atau habuk kerana kain kapas ini semulajadi nya tidak menerima habuk mahupun hama;

GENTIAN TAHAN LASAK --> gentian paling kuat yang tahan suhu tinggi tanpa merosakkan struktur material kain kapas (contohnya kalau direndam dalam air panas pada suhu didih untuk tujuan pembersihan, kain kapas masih utuh);

BERONGGA --> sifat kain kapas yang berongga dapat memberikan badan pengaliran udara yang baik;

SERAP AIR --> kain kapas juga mempunyai sifat menyerap air dan ini dapat mengelakkan badan dari berbau;

PENEBAT --> kain kapas adalah penebat elektrostatik yang berguna untuk melindungi organ dalaman daripada terkena elektrostatik yang dikhuatiri boleh mengakibatkan kesan sampingan, lebih-lebih lagi golongan tua, pesakit yang baru selesai menjalani pembedahan.

KEGEMARAN RASULULLAH -->dan paling penting kain kapas adalah kesukaan baginda Rasulullah S.A.W berdasarkan hadis ini :

Hadis Anas bin Malik r.a: Diriwayatkan daripada Qatadah r.a katanya: Kami bertanya kepada Anas bin Malik:     Pakaian apakah yang paling disukai oleh Rasulullah s.a.w atau digemari oleh Rasulullah s.a.w? Beliau menjawab: Hibarah iaitu sejenis pakaian yang diperbuat daripada kapas dan dihias