kalau dulu kain kapas hanya pakaian nenek-nenek...
dibuat baju kurung kedah..untuk pakai basahan di rumah...
sekarang tak lagi..kain kapas dah makin diminati..
sesuai untuk orang-orang yang tak rajin menghabiskan banyak masa untuk perkara-perkara selain yang perlu...(macam saya)...hahahaha
antara kelebihan kain kapas :
TAHAN CUACA --> satu-satunya fabrik di dunia yang tahan kepada semua jenis cuaca (bezanya adalah cara pemakaian..lebih tebal untuk di tempat beriklim sejuk);
HYPOALLERGENIC --> material hypoallergenic : sesuai untuk individu yang ada masalah alahan kulit atau habuk kerana kain kapas ini semulajadi nya tidak menerima habuk mahupun hama;
GENTIAN TAHAN LASAK --> gentian paling kuat yang tahan suhu tinggi tanpa merosakkan struktur material kain kapas (contohnya kalau direndam dalam air panas pada suhu didih untuk tujuan pembersihan, kain kapas masih utuh);
BERONGGA --> sifat kain kapas yang berongga dapat memberikan badan pengaliran udara yang baik;
SERAP AIR --> kain kapas juga mempunyai sifat menyerap air dan ini dapat mengelakkan badan dari berbau;
PENEBAT --> kain kapas adalah penebat elektrostatik yang berguna untuk melindungi organ dalaman daripada terkena elektrostatik yang dikhuatiri boleh mengakibatkan kesan sampingan, lebih-lebih lagi golongan tua, pesakit yang baru selesai menjalani pembedahan.
KEGEMARAN RASULULLAH -->dan paling penting kain kapas adalah kesukaan baginda Rasulullah S.A.W berdasarkan hadis ini :
Hadis Anas bin Malik r.a: Diriwayatkan daripada Qatadah r.a katanya: Kami bertanya kepada Anas bin Malik: Pakaian apakah yang paling disukai oleh Rasulullah s.a.w atau digemari oleh Rasulullah s.a.w? Beliau menjawab: Hibarah iaitu sejenis pakaian yang diperbuat daripada kapas dan dihias
hai salam apa khabar...
ReplyDeletenice pictures. mcm mana nak buat background gambar ni? blh tlg beri tunjuk ajar tak? saya baru nak cuba ada blog.