Wednesday, 2 October 2013

Irdina's School

Tahun depan umur Cik Dina 5 Tahun...
Kami memang dah bercadang nak hantar Dina ke sekolah pada tahun depan...
memang pening memikirkan sekolah anak-anak..
yang mana nak dipilih..
kerana pilihan sekolah dengan kehendak yang kami mahu tidak banyak..
(kehendak atas keperluan)
satunya sebagai ibu bapa..mestilah kita nak yang terbaik untuk anak-anak...
keduanya..sekolah yang nak dipilih mestilah tidak menyebabkan masalah kami terpaksa bercuti terlalu kerap..
ketiganya..one stop centre...sekolah dan day care...
keempat..selamat untuk Cik Dina..

timbang dan pilih berpuluh kali..
antara perkara yang kena diambil kira adalah TIDAK MELIBATKAN TEMPAT YANG JEM PAGI & PETANG (mana nak dapat yang tak jem langsung...asalkan tak jem teruk cukup baik dah)....
serta TAK JAUH DARI OFIS KAMI...

google daripada banyak blog, forum dan bermacam medium lain...
akhirnya Alhamdulillah...kami dah pilih...
atas persetujuan..pro & cons..dalam perbincangan akhir...semalam...
>> english medium
>> dekat ofis cik suami (kalau ayah outstation..banyak jalan alternatif untuk ke sana..)
>> full day program sehingga 530 petang..
>> iqra'
>> ada program KAFA transit untuk student 7-12 tahun (perancangan jangka masa panjang)

hari ni cik suami dah bayar untuk register dan uniform...
bulan 12 nanti...ada orientation...2 minggu...2 jam sehari...
(my oh my...kene standby cuti)

Untuk anak-anak kesayangan kami..biar kami berhabis agar Dina dapat yang terbaik..
Umar akan menyusul bersekolah sama di sana nanti InsyaAllah..tahun 2015..

Alhamdulillah...lepas dah sesak dada & serabut kepala...
moga jalan yang Allah tunjukkan ini yang terbaik untuk permulaan pendidikan formal Irdina..
moga tadika yang kami pilih ini tempat yang selamat untuk Irdina sepanjang kami bekerja..
moga Irdina jadi anak solehah yang berjaya cemerlang di dunia dan akhirat..

4 comments:

  1. dekat ke dengan maiwp?
    tapi oklah sampai petang... CIC sini xde smp petang... mcm harga lain gitulah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat dgn ofis abg..haah..yang ni sampai 530 petang..kelonggaran sampai 630 kalau lewat pun...

      Delete