Musim petai telah tiba lagi, kali ini di Tanjung Bidara, Melaka. Dengan hasil pengeluaran yang agak baik pada tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya, maka kami telah memutuskan untuk mengeluarkan kontrak pemungutan serta penjualan petai di tanah milik bapa kami iaitu Hj Abdul Rahman Din. Penganugerahan kontrak yang dijalankan secara rundingan terus itu telah di berikan kepada Encik Pak Unggal Botak dengan nilai kontrak yang mencecah RM30. Skop kontrak ini meliputi kerja-kerja pemetikan petai pada pokok yang berkenaan, kerja-kerja pemungutan hasil serta penjualan secara langsung kepada pekedai yang berdekatan yang mana kos transportasi dan konsultansi juga dimasukkan sekali di dalam nilai keseluruhan kontrak.
Oleh kerana kecederaan yang di alami oleh Pak Unggal, maka pemetikan petai hanya dijalankan menggunakan kaedah penggalahan berpisau. Teknik yang lebih berkesan iaitu, pemanjatan tidak dapat dilakukan oleh kerana masalah kecederaan yang membelengui beliau sejak beberapa minggu yang lalu. Ini juga menyebabkan nilai kontrak yang dipersetujui telah diturunkan dari nilai sebenar ke nilai yang telah dinyatakan di atas.
Teknik penggalahan yang dijalankan memerlukan kemahiran yang tinggi yang mana tidak ramai yang mampu memahirkan diri mereka. Walaupun ianya adalah teknik yang kedua paling berkesan, tetapi ia adalah teknik yang paling mudah. Di sini, galah yang digunakan adalah galah kelas C yang mana panjang keseluruhan menegak adalah tidak melebihi 6 meter.
Kemahiran serta ketekunan dan ketelitian harus dititikberatkan oleh setiap penggalah profesional.
Antara hasil yang berjaya dikutipkan.
Dalam beberapa keadaan, tangga harus digunakan untuk mencapai ketinggian yang diingini.
Pembantu diperlukan sekiranya tangga digunakan. Pembantu tidak memerlukan sebarang kemahiran atau sijil kemahiran.
Imbangan badan adalah salah satu kemahiran yang perlu ada.
Pemerhatian yang jitu bukanlah satu syarat wajib, tetapi jika ianya ada, dapat membantu menambahkan hasil pulangan.
Teknik satu tangan memerlukan kemahiran sekurang-kurangnya sepuluh tahun untuk dipelajari.
Ketajaman pisau adalah faktor yang amat penting sekali.
Penyediaan yang dilakukan sebelum proses pembungkusan boleh dijalankan.
Sekian,
No comments:
Post a Comment