Saturday 19 May 2012

personaliti

bukan niat membezakan anak-anak..
tapi semakin bertambah usia Dina & Umar, keunikan personaliti mereka semakin terserlah..

lokasi : home sweet home
keterangan : ketika masuk ke rumah, kedua-dua mereka akan beri salam..dan tanggalkan sandal..


umar akan menyusun selipar dengan kemas ( kali ini terbalik kanan-kiri..kadang-kadang ok),baru masuk ke rumah



cik dina akan terus meluru masuk lepas tanggalkan sandal..maybe atas kapasiti sebagai kakak..dina tak kesah pun kedudukan sandal nya..

perkara sama akan berlaku setiap kali saya meminta mereka mengemaskan mainan..umar akan lebih tekun mengemas berbanding anak dara saya..

begitu juga di meja makan..setiap nasi yang jatuh keluar dari pinggan akan dikutip oleh cik umar dan dimasukkan dalam piring kecil..cik umar memang pantang dengan keadaan yang tak bersih dan tak kemas..

kedua-dua nya kesayangan saya..dengan personaliti berbeza..semoga saya tak jemu mendidik kedua mereka dengan perkara-perkara yang baik..

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment