Wednesday, 1 August 2012

Nasi Ayam special Cik Ibu

By MKA,

Hari ini Cik Ibu dapat Ilham.
Cik Ibu tetiba teringin nak masak nasik ayam,
Dah lama Cik Ibu tak buat nasik ayam,
Tapi kali ni resipi lain sikit,
Ternampak ada resipi tertulis di screen S3 Cik Ibu,
So, its gonna be nothing similar than before,

Oleh kerana sampai rumah lambat dalam 6.50 ptg,
Sajian utama Cik Ibu ini tak dapat disiapkan sebelum waktu berbuka,
Tapi Cik Ibu dah buat garlic bread,
Guna roti sandwich,
Cicah mushroom soup,

Tepat pukul 7.45 main course Cik Ibu pun telah disiapkan,
Dihidangkan panas,
Dengan nasi masih berasap,
Kicap yang disediakan menggunakan resipi rahsia Maharaja China semasa Dinasti Ming,
Resipi kicap ini telah pun berusia lebih 500 tahun,
Pada zaman dahulu, makanan ini hanya dihidangkan untuk santapan Maharaja China,

Beras yang digunakan pula berasal dari Utara Myanmar,
Hanya kualiti beras yang terbaik sahaja digunakan,
Ayam pula, hanya baka yang terbaik digunakan,
Hanya ayam dara yang digunakan,
Isinya direbus bersama 77 jenis herba terpilih,
Semuanya disajikan panas,

Sos cili pula menggunakan cili hidup yang terbaik,
dipilih dengan teliti,
hanya kualiti yang terbaik sahaja digunakan,
ditimbang oleh mamat Bangla yang terpilih,
tidak perlu melihat kepada code list, mamat Bangla tuh dah hafal code cili ini,
Cili ini dibeli dari Carrefour Ampang,
Hypermarket yang terbaik di Semenanjung Malaysia,
yang tandasnya sudah 4 tahun tak dicuci,

Nikmatilah gambar yang diambil sebelum majlis santapan bermula,
Bismillah....


LU9C6598

LU9C6597

LU9C6596

sekian harap maklum.

2 comments: