Sunday 1 January 2012

New prince in da house: (Al-Imam Sheikh) Abid Nawfal Aizuddin

by MKA,

Tahniah diucapkan kepada Aiz dan isteri di atas kelahiran anak damit mereka yang pertama. Ia juga adalah kelahiran cucu pertama Pak&Mak Busu. Beliau telah diperkenalkan kepada dunia yang fana ini pada 22 Disember 2011 melalui cara yang normal tidak seperti Julius Caesar.

Agak kasihan kerana belum pun dua minggu hidupnya, beliau telah menghadapi dugaan dalam hidup beliau ketika mana kepala beliau yang lembut itu telah diketuk oleh Umar Zareef. Barangkali itu adalah cara orientasi ahli baru geng kepale benjol yang diketuai Umar a.k.a Pok Yep. Dalam geng ini, Abid akan dikenali sebagai Pok Bid.

Kami mendoakan agar Allah melimpahkan kurniaan dan rezekiNya kepada  bayi ini dan juga berharap beliau akan menjadi orang yang berguna ketika besar nanti. Amin.

dongak cari ayah...huuuuu....

senyum nampak ayah...
alolo....anak ayah ni....
selepas insiden ketuk kepala oleh Umar Zareef...haishhh~

Sekian.

No comments:

Post a Comment