Sunday 29 April 2012

Bersih 3.0 di MidValley

MKA,

Tarikh: 28/04/2012
Venue: MidValley Megamall, Kuala Lumpur

Peserta pendemo bersedia untuk berdemo bermula di tingkat atas Midvalley. Demo dimulakan sebaik sahaja perut kenyang selepas makan di Food court.

Demonstran mula memasuki dataran Central Artrium. Tiada polis berkawal.

Perarakan dimulakan dengan mengelilingi walkway artrium tingkat atas berhampiran exhibition centre. Yang memakai baju kuning itu ialah ketua pendemo.
Pendemo mula berarak dari tingkat atas ke tingkat bawah selepas kenyang makan di food court.

Rehat seketika selepas penat berjalan.

Ketua pendemo, Hj Umar Zareef Khairul.

Pendemo mula merampas central park dari pihak pengurusan MidValley. Ketua pendemo mengepalai perarakan.
Bantahan secara aman tanpa sebarang kacau bilau.

Tiada langsung anggota keselamatan kelihatan. Tiada pancutan air dan gas pemedih mata, hanya kelihatan air pancut sahaja.

Langit cerah dan berawan.

Perarakan disambut dengan air pancut tanpa gas pemedih mata.
Selepas penat berdemo, masa untuk balik dan berak.

Tempat letak kereta yang kosong kerana pendemo kebanyakannnya datang dengan berjalan kaki.

Objektif utama berdemo tercapai, iaitu untuk hidup dengan lebih sihat.

4 comments:

  1. wah lengang nye =D
    xde org gi midvalley ari sabtu?hehe

    ReplyDelete
  2. org sume takut nak kuar, tp sbnrnye, mid valley kosong. byk tpt kt kl lengang sbnrnye. ramai x tau.

    ReplyDelete
  3. hahahahhahaha....... pendemo yang paling cute dan paling aman...

    ReplyDelete
  4. heheh..tq auntie lawyer...jangan saman aaaa...

    ReplyDelete