MKA,
Jika anda dalam perjalanan dari Tanah Rata ke Brinchang, restoran ini terletak di sebelah kanan. Landmark yang mudah untuk diperhatikan adalah hotel De La Fern. Ia terletak betul-betul disebelah hotel ini. Steamboat boleh didapati pada waktu siang dan malam. Review steamboat akan kami bawakan pada posting akan datang. Pada kali pertama kami ke sini adalah pada waktu tengah hari. Ada juga pengunjung yang memilih untuk makan steamboat. Tami kami memilih untuk mencuba ice cream dan mee goreng.
(Gile ape makan steamboat siang-siang buta)
Customer service was good but rather on the lower side. Senyuman kurang, servis tidak berapa pantas, yang pekerja asingnya pulak, cakap susah sikit nak paham (rase macam kat Nepal pulak). Tapi taklah teruk sangat.
|
Gambar ini diambil ke arah Tanah Rata. |
|
Bahagaina hadapan. Disebelahnya terdapat sebuah kedai cenderamata yang dimiliki oleh syarikat yang sama dengan restoran. |
|
Menunggu makanan. |
|
Bahagian dalam restoran. |
Kebersihan restoran memang amat dijaga. Keadaan sangat selesa dan amat sesuai untuk makan seisi keluarga, sahabat handai serta ipar duai mahupun sepupu sepapat.
|
Umar Kojek yang kuat merajuk. Tak tahan mak. |
|
Irdina the unpredictable. |
|
Ibuuuuu..... |
|
Strawberry Ice cream |
Strawberry sundae memang sedap, lagi sedap jika dimakan pada hari Sunday.
|
Iced lemon tea |
|
Fried icecream, RM6 |
Ice cream goreng ini memang sedap. Rasa ice cream dan pastrynya memang blend together. Boleh dikatakan perfect match.
|
Mee Goreng, RM 7. |
Mee goreng ini memang yang terbaik yang boleh didapati di Cameron Highland, some people say better than in KL. The people is me.
|
Umar Zareef drooling. |
Secara keseluruhannya, restoran ini memang boleh dicadangkan untuk makan tengah hari. Untuk makan malam pula, ia akan direbiu dalam posting akan datang.
Sekian.
Ade no tel steamboat nie x
ReplyDelete