Posts

Showing posts from May, 2011

Travelog: Terminal Bersepadu Selatan - Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS))

Image
Oleh MKA, Bagi mereka yang pernah menaiki bas ekspres dari Kuala Lumpur ke destinasi selatan atau sebaliknya mulai Januari 2011 pastinya telah menggunakan TBS ini. Fungsi utamanya bukanlah sebgai ganti kepada hentian puduraya tetapi hanya mengabil alih sebahagian dari trafik bas ekspres untuk ke selatan sahaja. Dianggarkan, dengan siapnya terminal ini, sebanyak 500 trafik sehari di Puduraya dapat dikurangkan. Dari respon yang penulis terima dari rakan-rakan yang pernah menggunakan terminal baru ini yang dibina sebahagiannya di atas sebuah tasik yang nama tempatnya juga adalah suatu tasik ini adalah sangat positif. Luas kawasan terminal ini ialah 20 hektar. Lokasinya yang amat strategik terletak berdekatan dengan stesen KLIA Express Rail Link (ERL) Bandar Tasik Selatan, Star LRT dan juga KTM Komuter menjadikan terminal ini dapat diakses dari pelbagai cara. Secara keseluruhannya, terminal ini mengandungi bangunan terminal utama enam tingkat, 21 ruang bas berlepas, 18 ruang ketibaan bas, ...

Satay Station (new outlet) - Ampang Water Front

Image
by MKA, Satu lagi restoran sate yang baru dibuka di Waterfront Ampang. Kali ini, Satay Station. Ini adalah outlet mereka yang ke-3 selepas Kg. Pandan dan Setiawangsa. Lokasinya ialah berhadapan dengan lampu isyarat simpang 3 Jalan Bukit Belacan ke Hulu Langat/Kajang. Restoran ini mengambil keseluruhan ruang bawah kompleks perniagaan disitu serta mempunyai meja dan kerusi yang cukup banyak serta boleh memuatkan sehingga kira-kira 300-400 pengunjung. Dek kerana rumah kami yang terletak hanya sebalingan batu juahnya, kami tiba seawal jam 8 malam, sejurus selesai solat maghrib. Pada waktu ini, masih belum ramai pengunjung yang hadir. Hari ini adalah hari kedua pembukaan restoran ini, maka pengunjung yang hadir dihiburkan oleh nyanyian tradisional. Ia adalah sebahagian dari aktiviti promosi dan pengenalan restoran baru ini. Persembahan yang ditunjukkan adalah memuaskan serta bertepatan dengan tema restoran ini. Pemilihan kerusi dan meja adalah sangat bertepatan serta memiliki kualiti sepert...

Travelog:- Lubuk Manggis, Hulu Langat (Sungai Perkelahan)

Image
By MKA, Bersempena dengan kedatangan Papa (Pak Long) dan Mama (Mak Long) Irdina&Zareef, kami telah berkesempatan untuk mengunjungi sungai perkelahan yang paling tidak popular di Malaysia iaitu, kawasan perkelahan haram Lubok Manggis di Hulu Langat, Selangor. Kawasan perkelahan ini hanya dipisahkan beberapa kilometer sahaja dari kawasan air terjun maut Sungai Congkak. Pada kebiasaanya, kawasan ini tidaklah sesesak Sungai Congkak yang jauh lagi terkenal itu. Walaupun pemandangan yang agak tidak cantik, air di kawasan ini amatlah menyegarkan. Pada waktu yang paling panas pun, suhu airnya tidak boleh melebihi 23 darjah celcius. Air di sini masih jernih warnanya serta kualitinya adalah masih selamat diminum begitu sahaja. ( gambar-gambar org yang tidak berkenaan dlm hidup telah diambil tindakan sewajarnya ) Kanak dinasihatkan sentiasa ditemani oleh orang dewasa. Kawasan berbatu yang licin serta arus deras amatlah berbahaya pada kanak-kanak. Bagi pengunjung yang memrlukan kawasan berbumb...