Posts

Showing posts with the label birthday

Puteri Kecil

Image
Isnin depan bertambah lagi umur anak dara saya...cepat betul masa berlalu..rasa tidak puas saya membelai dan memanjakan dia.. teringat masa awal usia perkahwinan...saya terlalu mengharap untuk dapat cahaya mata secepat nya tapi Allah penentu segala...saya mengandungkan irdina setelah dua bulan berkahwin..ketika incik suami saya jauh di negara orang..sungguh mencabar mengharung alahan seorang diri.. keluar ke tempat kerja seawal pagi sebelum matahari terbit..dan pulang selepas maghrib setelah matahari terbenam...heheh...sebab nya saya tak boleh menahan sakit kepala ketika pertukaran matahari... bau nasi yang tidak sepertinya...heheh..memang saya tak boleh makan nasi.. saya juga tidak minum air masak...saya kene buat air barli (campur dengan kordial barli).. hidung saya memang sangat sensitif ketika itu... ada juga yang kata saya terlalu manjakan diri dan ikutkan sangat...heheh...rasa dulu lah baru tau.. setelah incik suami pulang...alahan saya makin kurang...Alhamdulillah... da...

Hari Jadi Dayang Dayana Ruslan

Image
by MKA, Gambar harijadi Yana. Sekian.

Ulang tahun kelahiran ke-2 puteri kami Irdina Ameenah

Image
Tanggal 27 Februari 2011, genaplah 2 tahun usia puteri kami Ir dina Ameenah bt Mohd Khairul. Maka satu majlis sambutan hari jadi serta doa kesyukuran telah diadakan bertempat di kampung ibu beliau di Tanjung Bidara, Melaka. Sambutan hari jadi yang dilangsungkan secara sederhana tersebut telah dihadiri oleh kaum keluarga serta saudara-mara terdekat sahaja. Irdina juga sangat bertuah pada hari itu kerana Mama (Mak Long) beliau telah dengan berbesar hati menginfakkan sebahagian dari harta kekayaan beliau untuk membeli kek harijadi Irdina. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kek yang dibeli dari sebuah kedai kek yang tersohor di Melaka itu amat lazat sekali. Ini diperkuatkan lagi dengan jutaan pujian yang diterima dari para hadirin. Majlis yang bermula kira-kira pada pukul 3 petang itu telah dimulakan dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Yang Berbahagia al-Fadhil Ustaz Muhammad bin Haji Marzuki. Sejurus selesai bacaan doa tersebut, majlis diserikan lagi dengan amalan orang Ero...