Posts

Showing posts with the label tanjung bidara

Umar Zareef setahun lepas

Image
by MKA, Pada 10/09/2011, Umar Zareef telah dipotong rambutnya oleh Ami (Ibu saudara). Ini adalah kali kedua Umar Zareef dipotong rambutnya selepas kali pertama beliau dicukur oleh Tok Ngah semasa beliau masih bayi. Ini adalah kali pertama umar zareef dipotong rambutnya tanpa dibotak licinkan. Ini juga kali pertama Umar dipotong rambut tanpa didukung.

Ibadah Korban di Masjid Kg. Tanjung Bidara 1432H/2011 (part 1)

Image
by MKA, PART 2 Ahli qariah Masjid Kg. Tg. Bidara juga tidak ketinggalan mengerjakan ibadah korban pada Eidul Adha tahun ini 1432 hijrah bersamaan 6 November 2011. Pada tahun ini sebanyak 17 ekor lembu berjaya ditumbangkan dengan bantuan anak-anak muda kampung yang turut sama menjayakan ibadah korban kali ini. Dikatakan juga pada tahun ini, partisipasi anak-anak muda amat memberangsangkan. Berikut adalah gambar yang sempat diambil pada upacara menyembelih yang diadakan didalam kawasan masjid Tanjung Bidara. Imam 2 Lembu baru sahaja ditumbangkan sambil dijirus air oleh Pak Unggal botak. Add caption Kerja pelapahan dilakukan dengan amat pantas. Tugasan ini hanya boleh dilakukan oleh yang pakar sahaja. Add caption

Irdina & Zareef bermain di sebuah private beach di Tg. Bidara

Image
by MKA,Bermain pasir di tepian pantai persendirian. Kebaikan pantai ini, semua pengunjung adalah terdiri dikalangan saudara mara atau orang yang dikenali sahaja atau bolehlah dipanggil "club member". Namun kami tidak dapat bermain di gigi air kerana budak-budak ni takut laut. Umar cuba merasa makan pasir. Sekian.