Lok Lok King on Wheels, Ampang
by MKA, Semasa kami berada di Taman Desa Ampang, kami terserempak dengan lori kecil yang menjual yong tau foo. Oleh kerana ramai juga yang berhenti untuk membeli di sini, kami pun terasa juga ingin mencuba. Menurut mak cik ini, beliau selalu bergerak di sekitar Ampang dan Cheras. Tetapi semasa gambar di bawah diambil, beliau sedang berniaga di hadapan kedainya iaitu di Desa Ampang berhampiran dengan Klinik Fauziah, Ampang. Kebanyakan pelanggan beliau di sini terdiri daripada warga Indon serta Rohingya yang sememangnya banyak bermastautin di kawasan sekitar. Ini juga mungkin indikasi bahawa harganya yang berpatutan. Memang dari pengalaman kami sendiri harganya memang agak murah sedikit jika dibandingkan dengan harga biasa di restoran atau gerai-gerai lain. Bolehlah dikatakan bahawa harganya 10 hingga 15% lebih murah jika dibandingkan dengan bahan yang sama dijual di foodcourt di pasaraya besar. Mak Cik ini berniaga sambil dibantu oleh anak lelaki beliau. Selain dari di hadapan kedai be...