Musim Petai Tiba Lagi (featuring Pak Unggal Botak)
by MKA, Musim petai telah tiba lagi, kali ini di Tanjung Bidara, Melaka. Dengan hasil pengeluaran yang agak baik pada tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya, maka kami telah memutuskan untuk mengeluarkan kontrak pemungutan serta penjualan petai di tanah milik bapa kami iaitu Hj Abdul Rahman Din. Penganugerahan kontrak yang dijalankan secara rundingan terus itu telah di berikan kepada Encik Pak Unggal Botak dengan nilai kontrak yang mencecah RM30. Skop kontrak ini meliputi kerja-kerja pemetikan petai pada pokok yang berkenaan, kerja-kerja pemungutan hasil serta penjualan secara langsung kepada pekedai yang berdekatan yang mana kos transportasi dan konsultansi juga dimasukkan sekali di dalam nilai keseluruhan kontrak. Oleh kerana kecederaan yang di alami oleh Pak Unggal, maka pemetikan petai hanya dijalankan menggunakan kaedah penggalahan berpisau. Teknik yang lebih berkesan iaitu, pemanjatan tidak dapat dilakukan oleh kerana masalah kecederaan yang membelengui beliau sejak beberapa...