Friday 23 March 2012

Terapi Jiwa

10 FAKTA TENTANG WANITA




1. Kajian oleh Universiti Illinois mengatakan wanita lebih penyayang dan setia berbanding lelaki. Rasulullah S.A.W bersabda, “Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia-sia”.  ...Alhamdulillah...aminnn~

2. Lelaki hanya mampu menahan kesakitan sehigga 47 Del tetapi wanita mampu menahan kesakitan sehigga 57 Del ketika sakit bersalin. Itu bersamaan 20 tulang dipatahkan serentak. Khas untuk lelaki, hargailah ibu dan isteri anda ♥ ...Subhanallah..kagum dengan ciptaanNya~

3. Wanita suka menangis tetapi bukan tanda mereka lemah. 
Wanita menangis untuk mencari dan mendapatkan kembali kekuatan diri. ...yes...agree~

4. Wanita suka ‘shopping’ sebab itu sahajalah masa di mana mereka rasa dapat mengawal keadaan mengikut kehendak mereka. ...200% agree..heheh~

5. Mengikut kajian, dalam keadaan stress atau situasi tidak terkawal, lelaki cenderung untuk mengelak tetapi wanita cenderung memilih untuk menyelesaikannya. ...yes....yes...yes...~

6. Kajian menunjukkan memori wanita lebih kuat berbanding lelaki terutama perkara yang berkaitan dengan emosi. Sebab itu wanita lebih sensitif. ...yes...agree~

7. Naluri wanita lebih kuat dari lelaki. Ibu lebih bersikap melindungi dan tahu secara semulajadi bila situasi merbahaya untuk anak sedangkan bapa perlu berfikir sejenak sebelum sedar akan bahaya. ...yes...agree~

8. Rasulullah S.A.W bersabda, “ Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.” ~

9. Wanita yang menyusui anaknya akan diberi satu kebajikan bagi setiap teguk susunya. ...Alhamdulillah...aminnn~

10. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu ♥ ~

credit to sumber

Wednesday 21 March 2012

Fourth Anniversary


Saya memang bukan insan yang sempurna
Perilaku saya mungkin banyak yang buruk di mata si dia
tapi saya selalu berusaha membuat yang terbaik
kerana saya mahu menjadi Suri yang dikasihi dan sentiasa di hati

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Ke 4 untuk Incik Suami saya

Monday 19 March 2012

Anugerah Terindah

Terbaca sebuah artikel dari blog ini...


Menurut pakar psikologi.. seorang lelaki jika dia kesakitan, 
maka selalunya akan membuatkan timbul dalam hatinya rasa benci. 
Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, 
maka semakin bertambah sayang dan cintanya.. 



Seandainya Hawa diciptakan dari Adam alaihissalam 
saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan 
sakit keluarnya Hawa dari rusuknya hingga dia membenci Hawa.

Akan tetapi Hawa diciptakan Tuhan pada Adam saat dia tertidur.. 
Ia semata-mata agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. 

Sementara seorang wanita akan melahirkan anak dalam keadaan terjaga, 
dan adakala melihat kematian dihadapannya.. 
Namun begitu.. semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan 
bahkan ia sanggup menebusnya dengan kehidupannya sendiri.

Ada syair arab mengatakan..
sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok 
yang tugasnya adalah melindungi kalbu lelaki (jantung, hati nurani). 

Oleh kerana itu, tugas Hawa menjadi ratu di hati lelaki.

Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, 
dengan hati, dan 
wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, 
seorang saudari yang penyayang, 
seorang puteri yang manja, 
dan seorang isteri yang setia jika fahami sebaiknya.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, 
seperti yang diberitahu oleh Nabi Muhammad SAW,
“jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, 
maka dia akan mematahkannya.” 

Maksud kata baginda tersebut adalah..
wanita itu harus difahami, 
dijaga dengan baik dan dikawal agar tak memudaratkan..

Maka wahai Adam..
janganlah merendahkan perasaan Hawa.. 
Kerana dia memang diciptakan seperti itu..

Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, 
tetapi dia tidak menitikkan airmata, 
itu bererti dia sedang menangis didalam hati.. 

Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, 
lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf...

Dan percayalah...
wanita amat susah untuk mencari sesuatu yang dia benci 
untuk orang yang paling dia sayang...

p/s: Moral of the story...
cubalah sayangi dan fahami wanita disekelilling korang.. 
Sesungguhnya..
wanita tu adalah anugerah terindah buat lelaki... 

Thursday 15 March 2012

Keperluan???ke???

makan malam di Jusco AU...
saya ternampak pemandangan ini...
dahulu Child Safety Harness..dianggap suatu yang pelik...
tapi sekarang tidak lagi..ia nya suatu keperluan...
walaupun saya tidak menggunakan nya...tapi saya tau ianya
MEMANG SUATU KEPERLUAN

saat bertentang mata dengan si ibu yang menggunakan nya...
pantas saya menundukkan muka...
bimbang sekiranya saya memberikan lirikan mata yang disalah erti kan...
bimbang sekiranya riak muka saya berubah...
sehingga menimbulkan rasa tidak senang oleh yang memandang...

Thursday 8 March 2012

Wanita Istimewa


ALLAH ciptakan wanita sebagai makhluk istimewa,
ALLAH  kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
ALLAH  lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
ALLAH  kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
ALLAH  teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
ALLAH  berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
ALLAH  kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh insan yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis...
itu kerana ALLAH  berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.
Dan itu kerana WANITA itu ISTIMEWA




Jom Study


ini sesi belajar bersama kakak...
heheh...kadang-kadang jadi sesi bergaduh...
berebut pencil color...buku...
berebut tempat duduk pun iyer...
haih...anak...ooo anak...
ibu rindu gelagat kalian setiap masa...

Sunday 4 March 2012

Irdina 3 Tahun

Kek Pra Sambutan di Klang

Atok membacakan doa selamat

gelisah tunggu nak makan...hihi
atok, dina dan umar

atok, umar dan dina
27.02.12..sambut berempat

adek khusyuk melantak..

sambutan di melaka
kek untuk di potong

sesi potong kek

potong kek dgn eecha
potong lagii..

argkhh...penat nye

dina sudah 3 tahun
dina dan atok cu

ramai-ramai

ramai lagi
uwan dan ghazi

eecha

pak ojan dan pak idir tunggu kek

umar yang pemalu..makan jauh sket

ramai..ramai...ramai

jom makan