Jaez Halal Mart, Kg. Sungai Kelambu, Banting
by MKA, Memandangkan ketibaan hari lebaran yang sudah hampir, maka tibalah masanya untuk kita membeli dan membelah untuk hari raya. Jika lambat nanti akan berkumandanglah khutbah dari ibu kami yang cuak kalau-kalau hari raya tanpa kuih raya. Jika itu terjadi, bermakna ia adalah satu catastrophic disaster, bukan sebab malu kepada tetamu yang datang, tetapi sakit telingan dengar leteran ibu. Maka untuk mengelakkan sebarang perkara buruk berlaku, kami bawa sendiri ibu kami untuk bershopping di tempat yang beliau suka. Disampaikan oleh rakan-rakan gosipnya bahawa terdapat satu kedai borong yang menjual kuih raya serta kerepek-kerepak pada harga yang amat berpatutan. Maka dengan cergas kami bergegas ke tempat yang didakwa itu. Ia adalah Jaez Halal Mart di Kampung Sungai Kelambu, Banting, Selangor. First impression kami, memang terlampau banyak pilihan yang ada. Jika iman tidak kuat memang boleh pokai dibuatnya. Makanan serperti keropok dan kerepek kebanyakannya dibuat sendiri oleh pengusaha...