Kelebihan Kain Kapas
Zaman dah berubah.. kalau dulu kain kapas hanya pakaian nenek-nenek... dibuat baju kurung kedah..untuk pakai basahan di rumah... sekarang tak lagi..kain kapas dah makin diminati.. sesuai untuk orang-orang yang tak rajin menghabiskan banyak masa untuk perkara-perkara selain yang perlu...(macam saya)...hahahaha antara kelebihan kain kapas : TAHAN CUACA --> satu-satunya fabrik di dunia yang tahan kepada semua jenis cuaca (bezanya adalah cara pemakaian..lebih tebal untuk di tempat beriklim sejuk); HYPOALLERGENIC --> material hypoallergenic : sesuai untuk individu yang ada masalah alahan kulit atau habuk kerana kain kapas ini semulajadi nya tidak menerima habuk mahupun hama; GENTIAN TAHAN LASAK --> gentian paling kuat yang tahan suhu tinggi tanpa merosakkan struktur material kain kapas (contohnya kalau direndam dalam air panas pada suhu didih untuk tujuan pembersihan, kain kapas masih utuh); BERONGGA --> sifat kain kapas yang berongga dapat memberikan badan pe...