Posts

Showing posts with the label peniaga

Selepas 28 tahun peniaga Pasar Malam Kg. Delek kena halau

Image
by MKA, Selepas 28 tahun kewujudan pasar malam Kg. Delek Kiri, Klang, akhirnya pada 14 Oktober 2011 ia telah di pindahkan ke tapak baru kira-kira 200 meter dari tapak asal. Pasar malam Kg. Delek ini yang dibuka pada setiap hari Jumaat malam Sabtu, memang sudah menjadi sinonim dengan penduduk setempat. Namun perpindahan ini mendapat tentangan hebat dari para peniaga yang telah sekian lama berniaga di tapak bersejarah ini. Tapak baru yang diberikan juga terletak di dalam Kg. Delek Kiri, tetapi walaubagaimanapun, tapak baru itu dikatakan jauh lebih kecil, sempit, terletak di jalan mati, jauh dari kawasan tumpuan serta tersorok. Saya telah diberitahu oleh pekedai berdekatan bahawa para peniaga tiba di lokasi lama tapak pasar malam seperti kebiasaannya pada petang 14 Oktober, namun mereka dihalang memasuki tapak ini oleh pihak penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang. Halangan telah menyebabkan pertengkaran lidah diantara penguatkuasa dan para peniaga yang tidak berpuas hati. Bagi mengelakkan ...