Posts

Showing posts with the label steamboat

Glory78 Steamboat & Snack - Tanah Rata, Cameron Highland

Image
MKA, Jika anda dalam perjalanan dari Tanah Rata ke Brinchang, restoran ini terletak di sebelah kanan. Landmark yang mudah untuk diperhatikan adalah hotel De La Fern. Ia terletak betul-betul disebelah hotel ini. Steamboat boleh didapati pada waktu siang dan malam. Review steamboat akan kami bawakan pada posting akan datang. Pada kali pertama kami ke sini adalah pada waktu tengah hari. Ada juga pengunjung yang memilih untuk makan steamboat. Tami kami memilih untuk mencuba ice cream dan mee goreng. (Gile ape makan steamboat siang-siang buta) Customer service was good but rather on the lower side. Senyuman kurang, servis tidak berapa pantas, yang pekerja asingnya pulak, cakap susah sikit nak paham (rase macam kat Nepal pulak). Tapi taklah teruk sangat. Gambar ini diambil ke arah Tanah Rata. Bahagaina hadapan. Disebelahnya terdapat sebuah kedai cenderamata yang dimiliki oleh syarikat yang sama dengan restoran. Menunggu makanan. Bahagian dalam restoran. Kebersihan re...

Lok Lok King on Wheels, Ampang

Image
by MKA, Semasa kami berada di Taman Desa Ampang, kami terserempak dengan lori kecil yang menjual yong tau foo. Oleh kerana ramai juga yang berhenti untuk membeli di sini, kami pun terasa juga ingin mencuba. Menurut mak cik ini, beliau selalu bergerak di sekitar Ampang dan Cheras. Tetapi semasa gambar di bawah diambil, beliau sedang berniaga di hadapan kedainya iaitu di Desa Ampang berhampiran dengan Klinik Fauziah, Ampang. Kebanyakan pelanggan beliau di sini terdiri daripada warga Indon serta Rohingya yang sememangnya banyak bermastautin di kawasan sekitar. Ini juga mungkin indikasi bahawa harganya yang berpatutan. Memang dari pengalaman kami sendiri harganya memang agak murah sedikit jika dibandingkan dengan harga biasa di restoran atau gerai-gerai lain. Bolehlah dikatakan bahawa harganya 10 hingga 15% lebih murah jika dibandingkan dengan bahan yang sama dijual di foodcourt di pasaraya besar. Mak Cik ini berniaga sambil dibantu oleh anak lelaki beliau. Selain dari di hadapan kedai be...