Day 1 : Promenade - Anjung Samudera
Haaaa.... dapat je kereta.. sila lah mintak tolong daripada makcik garmin nak cari hotel.. kami menginap di Promenade Service Apartment .. cari punya cari...berpusing-pusing lah jugak... akhirnya jam 6.00 kami check in... berkejar untuk jamak ta'khir sebelum masuk waktu maghrib.. jangan lupa maghrib kat sini awal...6.30 camtu dah masuk maghrib... apartment ni cukup luas... lengkap dengan 2 katil queen... satu set sofa.. tv..meja makan... dan lain-lain tu standard la untuk keperluan... semua ada...jangan risau... but...opppsss...iron takde... sungguh keciwa... apa-apa pun tuan tanah mesti landing kat katil dulu... bagi memastikan katil menepati kualiti yang diidamkan.. supaya tidur malam lebih lena... hahahaha.... okeh...as you can see... kanak-kanak adalah insan yang paling gembira dengan tahap keluasan apartment ni... berlari tanpa kenal penat.. dah macam trek lumba lari.. heheh...biar je la..asalkan diorang gembira... ...