Gurauan membawa padah
Murtad adalah isu yang paling sensitif untuk diperkatakan. Namun post ini dibuat untuk mengingatkan diri sendiri, suami, anak-anak dan semua keluarga agar berjaga-jaga kerana ada kala nya perbuatan kita secara tidak sedar telah menjurus diri kita kepada MURTAD... Diambil isi-isi nya daripada sumber-sumber ilmiah yang boleh dipercayai : Murtad dari segi bahasa bererti kembali daripada sesuatu dan menuju kepada sesuatu yang lain daripadanya (al-Zuhaili. 1997 : 5576). Murtad juga disebut dengan perkataan irtidad atau Riddah. Manakala dari segi istilah syarak murtad ialah memutuskan Islam atau kembali daripada Islam kepada kufur selepas menganutinya dan seterusnya menganuti mana-mana agama atau mana-mana pegangan akidah (al-Zuhaili. 1997 : 5576). Antara perkara yang boleh menyebabkan murtad : Pertama: Mengingkari hukum yang telah diijmakkan padanya, hukum ini dikategorikan sebagai maklum min al-din bi al-dorurah seperti mengengkari kewajipan zakat, puasa,haji, minum arak, makan riba dan se...