Monday, 15 August 2011

Gurauan membawa padah

Murtad adalah isu yang paling sensitif untuk diperkatakan. Namun post ini dibuat untuk mengingatkan diri sendiri, suami, anak-anak dan semua keluarga agar berjaga-jaga kerana ada kala nya perbuatan kita secara tidak sedar telah menjurus diri kita kepada MURTAD...

Diambil isi-isi nya daripada sumber-sumber ilmiah yang boleh dipercayai :

Murtad dari segi bahasa bererti kembali daripada sesuatu dan menuju kepada sesuatu yang lain daripadanya (al-Zuhaili. 1997 : 5576). Murtad juga disebut dengan perkataan irtidad atau Riddah.

Manakala dari segi istilah syarak murtad ialah memutuskan Islam atau kembali daripada Islam kepada kufur selepas menganutinya dan seterusnya menganuti mana-mana agama atau mana-mana pegangan akidah (al-Zuhaili. 1997 : 5576).



Antara perkara yang boleh menyebabkan murtad :


Pertama: Mengingkari hukum yang telah diijmakkan padanya, hukum ini dikategorikan sebagai maklum min al-din bi al-dorurah seperti mengengkari kewajipan zakat, puasa,haji, minum arak, makan riba dan sebagainya. Hukum-hukum yang berkaitan dengan perkara tersebut adalah sama dari segi pengetahuannya di antara golongan ulama dan orang awam. (Mustafa al-Khin. 1996 : 466)


dah tau perkara itu wajib tapi kita sengaja untuk tidak mengerjakan nya...


Kedua : Melakukan perbuatan yang merupakan perbuatan khusus bagi orang-orang kafir seperti sujud kepada berhala, melakukan sesuatu yang merupakan ibadah khusus orang-orang kafir atau melakukan perbuatan yang bertentangan dengan pegangan seorang muslim seperti melemparkan al-quran dengan sengaja ke tempat yang kotor, melemparkan kitab-kitab hadis dan tafsir. Walaubagaimanapun hukum ini tertakluk dengan syarat seseorang itu melakukannya dengan sukarela dan bukan dengan paksaan (Mustafa al-Khin. 1996 : 467).


jangan lah dek kerana menjaga hati kawan-kawan yang bukan islam, kita pun turut sama melakukan perbuatan yang bertentangan dengan islam...biar kan mereka dengan kesesatan mereka, kita sebagai muslim wajib berpegang teguh kepada Islam..jadikan itu satu dakwah kepada mereka secara halus...InsyaAllah..


Ketiga : Mengucapkan perkataan yang bertentangan dengan pegangan hidup seorang muslim samada pengucapan itu dengan iktikad atau degil atau dengan tujuan gurau senda semata-mata seperti mencela agama, mencela Allah, mencela salah seorang Nabi dan sebagainya. Seseorang yang mengucapkan perkataan seperti; Islam tidak sesuai untuk dilaksanakan dalam tamadun manusia, Allah tidak wujud, pemakaian hijab adalah membawa kepada kemunduran, dan sebagainya adalah menyebabkan kekufuran samada ianya didorong oleh faktor iktikad, marah atau kerana degil. Pengucapan perkataan yang bertentangan dengan pegangan muslim adalah menyebabkan kekufuran sekalipun dengan tujuan gurau senda seperti seseorang itu berkata kepada orang yang menasihatinya : jikalau kamu masuk ke dalam syurga, tutuplah pintuya supaya aku tak boleh masuk bersama kamu (Mustafa al-Khin. 1996 : 467).


Kata-kata yang terlepas dari mulut memang sangat menakutkan..ada kala dibuat semata-mata untuk gurauan, tapi secara tidak langsung membatalkan aqidah kita...Nauzubillah..Islam itu tidak memberatkan tapi juga tidak terlalu mudah sehingga boleh dipermainkan...


Keempat : Murtad kerana meninggalkan sesuatu perkara yang diperintahkan oleh Allah SWT. Perbuatan ini dianggap murtad apabila seseorang itu meninggalkan perintah Allah SWT dengan tujuan mengingkari dan menzahirkan penentangan terhadap perintah tersebut. Sebagai contoh : Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya ketika menjelaskan ayat :
(وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ) ; menjelaskan bahawa barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah SWT kerana menolak al-Quran dan menentang sabda Nabi SAW maka dia adalah kafir. Ibn Masud menjelaskan bahawa ayat ini adalah umum bagi sesiapa sahaja yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah SWT samada dari golongan orang Islam, orang Yahudi dan orang-orang kafir. Sesiapa yang tidak berhukum dengannya tetapi tidak mengingkarinya maka dia telah melakukan perkara yang haram dan dia tetap tergolong dalam golongan orang-orang fasik dan urusannya terserah kepada Allah SWT (Abdul Karim Zaidan. 1994 : 313-314) 



Zaman ini masih ada orang yang menolak hadis dan sunnah Rasulullah S.A.W...moga kita bukan dikalangan itu...


Nauzubillah...moga kita semua dapat menjaga hati, lidah dan perbuatan dari membawa kita kepada murtad...

No comments:

Post a Comment