Thursday, 4 August 2011

Tesco Klang, Bukit Tinggi

by MKA,

Membeli-belah di Tesco Klang sehari sebelum meyambut bulan Ramadhan al-Mubarak. Memang sangat ramai orang yang membeli-belah last minute. Nak dapat parking berbumbung dan dekat, memang kami terpaksa menunggu kereta yang hendak keluar dari parking, jika tidak terpaksalah park kereta jauh-jauh. Setelah pusing 2x br nasib kami baik, ade kereta yang hendak keluar. Jadi dapatlah kami parking dekat dengan pintu masuk.


Irdina dengan Zareef memang suke jalan-jalan dalam hypermart duduk dalam troli. Tapi kalau lepas diorang memanglah lagi suka, tapi payah nak asyik kejar je diorang ni. Bukan reti duduk diam. Lagi pulak diorang ni tak takut orang dan tak takut jalan jauh-jauh. Memang bahaya.

Pada hari ini memang terlalu ramai orang di sini. Maklumlah, orang semua baru dapat gaji, hari ahad semua orang cuti dan besoknye dah start puasa.

Ini adalah perangna Zareef. Tangan die memang tak boleh diam. Jika boleh dicapai, memang apa sahaja die nak capai. Kali ni, die dapat capai buah epal, nasib dapat sambut, jika tidak memang die dah baling epal ni.

Ibu sedang mencari barang-barang yang ingin dibeli. Rambang mata dibuatnya.


Ini tempat favorite Irdina. Tempat ikan. Irdina memang suke tengok ikan. Lagi-lagi kalau ikan hidup. Zareef pun suka juga sebenarnya, kadang-kadang die akan menjerit kesukaan jika terlihat ikan talapia dan keli hidup.



Hari ini harga udang sekilo adalah RM 13.99.



Kanak-kanak juga ada dijual disini dan anda boleh mendpatkannya pada harga yang amat berpatutan.


Kaunter bayaran. Di Tesco Klang, pengumuman sentiasa diberi kepada para pelanggan dari masa ke semasa kaunter mana yang paling sedikit orang beratur. Ini adalah yang pertama kami jumpa seumpamanya di hypermart. Mungkin barangkali ini adalah satu-satunya cawangan yang melakukan sedemikian.

Pada hari ini banyak kaunter dibuka maka para pelanggan tidak perlu beratur panjang.


Menuruni conveyor untuk ke ground floor. Di ground floor terdapat banyak kedai-kedai yang menjual bermacam-macam barangan. Antara kedai yang ternama adalah Secret Recipe. Di samping itu terdapat juga food court di sini, namun kami tidak pernah makan di sini. Di bahagian luar terdapat sebuah restoran mamak yang agak bagus dan selesa tetapi kami tidak ingat namanya.

Sekian.

2 comments:

  1. A bit more expensive compared to giant klang which a stone throw away.

    ReplyDelete