Bakar rumah sendiri gara-gara Malaysia kalah
by MKA, Dah lah hati tengah panas sebab Malaysia kalah kepada Singapore dalam perlawanan kelayakan piala dunia, rumah jiran kami pulak terbakar. Nasib baik kebakaran hanya menghanguskan bingkai tingkap dapur mereka sahaja, jika kebakaran lebih besar lagi, mungkin api boleh sampai ke rumah kami yang hanya selang sebuah rumah sahaja. Punca kebakaran adalah disebabkan kecuaian tuan rumah yang lupa memadamkan dapur gas sebelum keluar rumah. Dikatakan tuan rumah sedang memanaskan lauk dan tiba-tiba mendapat panggilan bahawa salah seorang ahli keluarga beliau telah terlibat dalam kemalangan jalan raya, lalu beliau terus sahaja bergegas keluar tanpa memadamkan api dapur. Dalam kira-kira pukul 10 malam, seorang jiran yang tinggal di belakang rumah beliau ternampak api sedang marak dan terus memberitahu jiran yang lain dan kami semua membantu memadamkan kebakaran. Selepas api dipadamkan, barulah anggota bomba tiba dengan berbekalkan dua jentera pemadam serta diiringi polis trafik. Kerugian dian...