Posts

Showing posts with the label food

Satay Station (new outlet) - Ampang Water Front

Image
by MKA, Satu lagi restoran sate yang baru dibuka di Waterfront Ampang. Kali ini, Satay Station. Ini adalah outlet mereka yang ke-3 selepas Kg. Pandan dan Setiawangsa. Lokasinya ialah berhadapan dengan lampu isyarat simpang 3 Jalan Bukit Belacan ke Hulu Langat/Kajang. Restoran ini mengambil keseluruhan ruang bawah kompleks perniagaan disitu serta mempunyai meja dan kerusi yang cukup banyak serta boleh memuatkan sehingga kira-kira 300-400 pengunjung. Dek kerana rumah kami yang terletak hanya sebalingan batu juahnya, kami tiba seawal jam 8 malam, sejurus selesai solat maghrib. Pada waktu ini, masih belum ramai pengunjung yang hadir. Hari ini adalah hari kedua pembukaan restoran ini, maka pengunjung yang hadir dihiburkan oleh nyanyian tradisional. Ia adalah sebahagian dari aktiviti promosi dan pengenalan restoran baru ini. Persembahan yang ditunjukkan adalah memuaskan serta bertepatan dengan tema restoran ini. Pemilihan kerusi dan meja adalah sangat bertepatan serta memiliki kualiti sepert...