Tuesday 30 July 2013

Day 1 : KL - KK

Mari baca cerita kesah cuti-cuti ke Kota Kinabalu..
sebelum berkurun tersimpan jauh di lubuk hati...
hehehe...

kami bertolak dengan penerbangan Malindo Air..
jam 2.00 petang..
usai sarapan kami terus bertolak ke KLIA...
menjangkakan keadaan pasti agak tidak selesa jika rushing..
kami berada di airport seawal mungkin..
biar kan anak-anak bersuka ria dulu..
dengan harapan supaya 2 jam setengah nanti dalam flight adalah tidak menyeksakan...
(huh...2 jam je pun...bukan doploh jam)
heheheh...




kami selamat sampai ke Kota Kinabalu jam 4.35 petang..
bertabah lah menunggu beg...
ramai yang amat manusia nya...

untuk pengangkutan di KK..kami telah menyewa kereta..
entry kereta sewa KK di sini

kami menunggu kereta sewa yang telah kami booking seawal 2 minggu sebelum bertolak..
salah paham sikit menyebabkan kami menunggu sehingga 1 jam
sebelum kereta diserahkan jam 520 petang..

info sewa kereta di KK boleh hubungi 
Ustaz Zahar (013 -8680176)
ataupun rujuk di blog beliau

untuk menyewa kereta..sila sediakan salinan ic & lesen insan yang nak memandu nanti...
duit untuk booking RM50 dah dibayar 2 minggu lalu...
sebaik kunci bertukar tangan, baki jumlah sewa hendaklah dilunaskan...

dan kalau sewa kereta daripada individu biasanya minyak akan ditinggalkan cukup-cukup nak pegi petrol station...
kalau sewa daripada syarikat-syarikat sewa kereta yang ada di KKIA pula..sewa agak mahal..
tapi bersekali dengan minyak kereta...
tangki penuh...
pulang nanti pun kene penuhkan tangki jugak...
camtu lah gamaknya...




posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment