Sebelum check out, kami sarapan di Tigris Cafe..
terletak di bawah apartment..
perut orang kampung..masih mencari nasi lemak..
ternyata nasi lemak yang dihidangkan di sini memang sedap..
nasinya banyak..boleh kenyang sehingga tengahari..
sambal nya pula memang sedap..
capati sarapan anak-anak..
pun sedap..
aduh...selera saya cuti kali ini memang terbaik...
tak memilih apa pun...
Perjalanan hari kedua kami teruskan ke Kundasang..
terletak kira-kira 93.3 km daripada KK..
perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 2 jam..
kami menginap di Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa...
dahulunya dikenali dengan nama Perkasa Hotel..
di sini lah lokasi penggambaran Dejavu Di Kinabalu...
kami menginap di chalet..
dan kami perlu melalui jambatan gantung ini setiap kali nak ke chalet...
berayun-ayun..
awalnya saya dan Dina sedikit gayat...
tapi lama-lama dah ok...
Umar paling excited...
setiap kali lalu...dia la berlari dulu...
dari kejauhan dah boleh nampak bangunan hotel ni...
kerana ianya terletak di atas bukit...
dengan ketinggian kira-kira 5000 kaki dari aras laut..
di bahagian belakang bangunan ini...ada disediakan pelantar untuk menyaksikan pemandangan Gunung Kinabalu...
ehsan google |
oleh kerana kami tiba awal dan bilik masih belum ready lagi...
kami teruskan jalan-jalan ke War Memorial Kundasang..
dari jalan keluar hotel..ada bulatan pekan kundasang...
ambil exit kedua...
War Memorial kira-kira 500 meter di sebelah kanan anda...
bayaran untuk masuk untuk Warganegara Malaysia...
dewasa adalah RM2 manakala kanak-kanak PERCUMA..
waktu operasi pula bermula 8.30 pagi sehingga 5.30 petang..
Ada 4 taman di dalam War Memorial ini...
iaitu Australian Garden..
English Garden..
Borneo Garden..
dan satu lagi Contemplation Garden..
Puas bergambar di sana...kami ke Restoran Intan untuk makan tengahari...
Restoran ini berdekatan dengan Restoran Hidayah..
terpandangkan Nasi Ayam Penyet sebagai menu istimewa hari itu..saya pilih untuk makan nasi ayam penyet...
Incik Suami pula makan nasi berlauk..
anak-anak dengan menu biasa mereka..nasi putih dan sup...
Selesai makan...jam 2.00 petang...
kami naik semula ke Hotel untuk hantar barang...
bilik dah siap...
dan kami dapat Chalet No.14...yeay...
dari lobi kene lalu jambatan gantung...dan naek lagi tangga...
bertabah je la...oleh kerana nak tengok view kinabalu setiap masa...
puas memotivasi anak-anak supaya terus mendaki tangga...
akhirnya kami sampai ke bilik...
huuuuu (lappeloh)...
solat dan rehat-rehat sebentar bersama kit kat...
perjalanan kami teruskan ke Desa Cattle Dairy Farm...
bantuan Makcik Garmin memang diperlukan...
ikut jalan sama nak ke War Memorial...tapi jalan terus....
sehingga jumpa papan tanda Desa Cattle...
jalan masuk ke Desa Cattle ni sangat lah adoiii...
boleh cepat bersalin lah kalau sape-sape yang menunggu hari tu...
jadi...bertabah je lah...
kami cukup tabah dengar dua orang budak kenit kat belakang tu membebel...
bayaran masuk untuk warganegara ialah RM 3 untuk dewasa
dan RM 1 untuk kanak-kanak...
lembu-lembu di sini adalah lembu tenusu...
yang sangat displin...
kami sampai ketika waktu memerah susu...
yang bermula pada jam 3 petang...
lembu-lembu ini akan dikumpulkan di pusat pemerahan...
selain displin..lembu-lembu ni sangat setia dan menurut perintah..
walau hujan ribut salji sekalipun..selagi susu tak diperah...
mereka tak berganjak (haaaa...mereka tu)...
proses pemerahan susu dibuat dengan cara merasuah...
heheheh...
lembu diberi makan...sambil susu diperah...
apabila selesai...lembu yang dah diperah susu akan dihalau keluar...
sebaris yang lain akan masuk mengambil tempat untuk makan...
memang lembu-lembu ni fokus nak makan je...
tengah makan tu...ade dia kesah ko nak buat ape pun...
gasak lahh....
mantop-mantop badan lembu ni...
kalau langgar..mau tergoleksss
kami sempat merasa ais krim dan susu kotak...
memang sedap...
yummy....
sourvenir di sini adalah wajib dibeli...
sebab tak kan ada sourvenir desa cattle jual di tempat lain...
anak-anak liat nak balik..seronok sangat tengok lembu-lembu...
kesian...
oleh kerana itu..esoknya kami rancang untuk datang lagi...
info daripada kakitangan hotel tentang rafflesia yang sedang berkembang...
tapi lokasinya tak tau di mana...
jadi kami decide untuk cari...
menuju ke Poring Hot Spring...kerana setahu kami disitu ada juga rafflesia..
malangnya tiba di sana...kami diberitahu rafflesia tiada...
jadi kami patah balik untuk pulang ke hotel..
dalam perjalanan kami jumpa satu kawasan yang ada rafflesia...
kira-kira 600 meter dari Poring Hot Spring..
memang rezeki kami dan rezeki pakcik tu jugak...
hahahaha....
kawasan persendirian...sukahati dia nak letak berapa pun bayaran...
untuk warganegara : dewasa RM 10 dan kanak-kanak PERCUMA ...(telanailio)
kami diberitahu bunga rafflesia hanya hidup 6 hari...
dan hari kami melawat adalah hari kedua ia kembang...
bunga rafflesia |
puas bergambar dengan rafflesia...
kami pulang ke hotel...
rezeki berganda...tatkala kaki mencecah pelantar Kinabalu View...
nah...Kinabalu gah di depan mata....
Subhanallah...
indah..terbentang luas...besar....
Gunung Kinabalu |
kami naik ke bilik bila awan kembali menutupi puncak kinabalu...
kata incik suami..saya bagaikan bercinta dengan kinabalu...
air mata bergenang-genang...
bila Allah beri kesempatan ciptaanNya menunjukkan diri...
subhanAllah...subhanAllah...
malam ni kami makan roti saja di bilik...
kenyang...
penat...
esoknya nak sambung lagi berjalan...
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment