Posts

Showing posts from July, 2011

Selamat menyambut Ramadhan (3 hari berbeza kpd 3 golongan berbeza)

MKA, Kami ingin mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarak kepada semua pembaca blog IrdinaZareef. Agar kita semua dilimpahi dengan keberkatan bulan Ramadhan yang mulia ini serta diampunkan dosa-dosa kita yang telah lalu. Kami juga ingin meminta berbayak-banyak keampunan dari anda semua jika ada salah dan silap agar kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan tenang dan sabar. Di Malaysia, Singapura, Brunei dan Majlis Ulamak Indonesia, Nadhatul Ulamak dan Majlis Ugama Islam Thai akan menyambut Ramadhan bermula pada 1 Ogos 2011 dan mula menunaikan solat Tarawikh pada 31 Julai 2011. Bagi pengikut Tarikat Naqsyabandiah mereka telah pun memulakan ibadah puasa pada Sabtu 30 Julai dan mula menunaikan solat tarawikh pada Jumaat 29 Julai. Cara penentuan pengikut tarikat ini berbeza sedikit dari yang lain kerana mereka tidak menggunakan sebarang alat bantuan melihat bagi menentukan tarikh mula puasa, tetapi hanya menggunakan "naked eye" yang mana fasa bulan dipantau da...

Bakar rumah sendiri gara-gara Malaysia kalah

Image
by MKA, Dah lah hati tengah panas sebab Malaysia kalah kepada Singapore dalam perlawanan kelayakan piala dunia, rumah jiran kami pulak terbakar. Nasib baik kebakaran hanya menghanguskan bingkai tingkap dapur mereka sahaja, jika kebakaran lebih besar lagi, mungkin api boleh sampai ke rumah kami yang hanya selang sebuah rumah sahaja. Punca kebakaran adalah disebabkan kecuaian tuan rumah yang lupa memadamkan dapur gas sebelum keluar rumah. Dikatakan tuan rumah sedang memanaskan lauk dan tiba-tiba mendapat panggilan bahawa salah seorang ahli keluarga beliau telah terlibat dalam kemalangan jalan raya, lalu beliau terus sahaja bergegas keluar tanpa memadamkan api dapur. Dalam kira-kira pukul 10 malam, seorang jiran yang tinggal di belakang rumah beliau ternampak api sedang marak dan terus memberitahu jiran yang lain dan kami semua membantu memadamkan kebakaran. Selepas api dipadamkan, barulah anggota bomba tiba dengan berbekalkan dua jentera pemadam serta diiringi polis trafik. Kerugian dian...

Umar..in person

Image
Ini dia gelagat anak bujang ibu.. dan akhirnya..setelah semua tenaga dikerah.. posted from Bloggeroid

Dagang Pak Malau....

Image
Kajang Pak Malau, Kajang Berlipat Kajang Hamba Mengkuang Layu Dagang Pak Malau, Dagang Bertempat Dagang Hamba Musafir Lalu Sejak berpindah ke sebuah kawasan perumahan di Ampang ( lokasi sebenar dirahsiakan ), kami telah pun berkenalan dgn jiran tetangga di kawasan sekitarnya (walaupun ada yang tidak sempat dikenali)..hehe... Cik Din jiran sebelah rumah (yang selalu basuh baju).. Auntie Taichi (selalu g taichi pagi2).. Wak di rumah hujung (Wak ni mcm sidang kat area situ).. Mak Ni rumah seberang berdepan rumah kami (sangat2 ramah).. Khairul juga berdepan rumah kami (baru dapat baby).. Uncle Pemukul Hanjing..(yang selalu basuh kete) tu je yg sempat berkenalan..eh ade lg Abe Le Tanoh Meghoh dok belakang rumah...haaa~ Adat la bagi orang yang berdagang seperti kami ini berbuat baik dgn orang yang berbuat baik dengan kita ...di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung...di saat kita susah memerlukan, jiran-jiran yang baik ini insyaAllah akan membantu kita... Sabda Baginda SAW bermaksud: “...

Hari Jadi Dayang Dayana Ruslan

Image
by MKA, Gambar harijadi Yana. Sekian.

Momok..

Momok tu ape? sape bole confirmkn momok tu btul2 ade? btul ke nama dia momok? dia mngaku ke nama dia momok? momok jadi dpd ape? knape kita kene takut dgn momok? perlu ke wujudnya momok dlm hidup kita? Kalau kite yg tua ni pn tak leh nak jwb smua soalan tu dgn sgt2 confirm & yakin.. Maka..jgn la takut kan anak2 tentang smua tu.. Ajar la anak2 utk takut hanya kepada Allah Yang Maha Berkuasa.. posted from Bloggeroid

Musim Petai Tiba Lagi (featuring Pak Unggal Botak)

Image
by MKA, Musim petai telah tiba lagi, kali ini di Tanjung Bidara, Melaka. Dengan hasil pengeluaran yang agak baik pada tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya, maka kami telah memutuskan untuk mengeluarkan kontrak pemungutan serta penjualan petai di tanah milik bapa kami iaitu Hj Abdul Rahman Din. Penganugerahan kontrak yang dijalankan secara rundingan terus itu telah di berikan kepada Encik Pak Unggal Botak dengan nilai kontrak yang mencecah RM30. Skop kontrak ini meliputi kerja-kerja pemetikan petai pada pokok yang berkenaan, kerja-kerja pemungutan hasil serta penjualan secara langsung kepada pekedai yang berdekatan yang mana kos transportasi dan konsultansi juga dimasukkan sekali di dalam nilai keseluruhan kontrak. Oleh kerana kecederaan yang di alami oleh Pak Unggal, maka pemetikan petai hanya dijalankan menggunakan kaedah penggalahan berpisau. Teknik yang lebih berkesan iaitu, pemanjatan tidak dapat dilakukan oleh kerana masalah kecederaan yang membelengui beliau sejak beberapa...