tak pernah saya ditipu dalam pembelian online..
sudah bertahun saya menggunakan kemudahan itu..
kali ini ia hampir terjadi...
lebih ralat..saya menggunakan fulus incik suami...
membelikan barang untuk kawan..
2 barang telah sampai..
tapi 1 barang lagi tidak...
dengan alasan tiada stok..
(kenapa la awal-awal diberitahu ada...bila dah bank in duit lain pulak ceritanya)
berhari-hari saya hubungi person in charge..
namun tiada jawapan..
akhirnya saya nekad..
memberi sms dan emel terakhir sebelum ingin membuat laporan polis..
incik suami memberi peluang hingga petang...
hari ini sudah hari ke 15 sejak saya menerima 2 barang tersebut..
akhirnya
jam 4.00 petang...
saya diberitahu oleh incik suami...
duit telah direfund...
kerana tidak mahu sesiapa yang saya kenali turut terkena
elakkan la berurusan dengan penjual ini..
saya tidak berniat menutup periuk nasi sesiapa..
tapi cari lah rezeki dengan cara yang halal dan betul..
saya juga tidak menerima apa-apa permohonan maaf..
sungguh penjual tersebut amat bongkak...
(apalah sangat dengan rugi 1 pembeli...)
saya akan tetap menyimpan sms dan emel dpd penjual tersebut untuk rekod...
dan saya akan gunakan disaat ia diperlukan..