MKA,
Cik Ibu ajak makan western malam ni,
Tapi hujan la pulak,
Jadi pergi Carrefour, beli burger,
Untuk dimasak sendiri oleh Cik Ibu,
Burger Cik Ibu ni lain sikit
Bahan-bahan yang digunakan hendaklah dipilih dari sumber yang dipercayai sahaja,
Daging burger disalut dengan telur ayam kampung,
Daging burger diperbuat daripada daging anak lembu yang diimport dari Australia,
Gandum roti dibawa daripada Amerika Selatan,
Bijannya pula diimport dari India uatara,
Untuk menggorengnya, api tidak boleh terlalu kuat,
Tidak boleh terlalu perlahan,
Gas yang digunakan bukan sebarang gas,
Hanya Gas yang dihasilkan dari Angsi Field sahaja yang boleh digunakan,
(Angsi Field terletak diluar pesisir pantai Terengganu)
Minyak yang digunakan adalah minyak zaitun,
Buah Zaitun yang dikeluarkan dari pokok yang berusia tidak kurang 150 tahun,
Diimport dari Itali,
Yang ditanam di daerah Laguria,