Urusan Rasmi

Berdasarkan perancangan yang telah dibuat... tak tau pelaksanaan nya macam mana... jadi buat persediaan saja lah... 1. Buat Passport minta kebenaran keluar sekejap..ke Imigresen Jalan Duta untuk buat passport.. kelmarin urusan kedua-dua anakanda telah selesai... hari ini urusan saya pula.. sebelum tu..nak elak masa yang lama di sana.. siap-siap print dan isi form untuk buat passport.. dapatkan daripada website imigresen di sini .. sediakan supporting document... a) kad pengenalan (asal dan salinan).. b) gambar passport 2 keping (kalau takde boleh amek gambar instant..ada kedai di sana..level G) dah ada semua tu...langkah je ke kaunter untuk ambil nombor giliran... sila jangan segan silu... dapat nombor giliran...tunggu lah dengan sabar... heheh... di kaunter..urusan verify cop jari...kejap kanan...kejap kiri... dah selesai... tunggu nombor dipanggil untuk bayaran.. lepas bayaran baru kad pengenalan tuan/puan dipulangkan ...