Saturday, 30 March 2013

Suka-suka



Nak tido tapi 2 orang dak kecik ni tengah ligat..
Mata nak lelap dah...
Layan picsart edit gambar..
Cepat la tido oiii anak...
Haih..
posted from Bloggeroid

Friday, 22 March 2013

Gambar antik

Gambar antik..
cerita dah berbulan lama nya..
baru sempat nak upload...
koleksi dari handphone..
Peak Tram

Symphony of Light

Disneyland

bukan anak je main...
kami pun sama join..



Hollywood Hotel yang penuh dengan telinga mickey

Last day...
posted from Bloggeroid

Wednesday, 6 March 2013

Tanah Berdaulat

sejak mula peristiwa berdarah di Lahad Datu..
saya tak ketinggalan update berita-berita dari sana..

air mata saya murah benar sekarang..
lagu-lagu patriotik pun boleh buat air mata saya gugur..

apatah lagi berita pemergian anggota keselamatan Malaysia..
besar nya pengorbanan mereka mempertahan kan Malaysia..
dengan nyawa mereka sendiri..

besar nya pengorbanan keluarga yang ditinggalkan..
mendahulukan kepentingan negara berbanding diri sendiri..

siapa lah kita untuk berkata macam-macam..
sedang tidur kita masih enak di tilam empuk..
waktu makan kita masih cukup dan sempurna..
orang-orang tersayang masih ada disisi kita..

saya seorang isteri..
saya seorang anak..
saya seorang ibu..
saya seorang kakak..
saya seorang adik..
air mata saya memang murah benar..mengenangkan semua ini..
cepat-cepat lah semua berakhir..

Ya Rahman Ya Rahim..
moga tanah berdaulat warisan nenek moyang kami kekal aman tanpa sengketa...
agar dapat kami wariskan untuk anak-anak kami seperti mana diwariskan kepada kami..