Sarapan Tepi Pantai
Sesekali berkumpul ramai2... macam2 idea muncul... ahad lepas..28 April 2013 kami ke pantai beramai2.. bersarapan bersama... kawasan pantai ini adalah tempat permainan kami sejak kecil2 dulu... sekarang..kami bawa anak2 kami bermain di sini... pelbagai cerita muncul.. mengikut batch umur masing2... heheh... batch mak & mak saudara saya bercerita kesah mereka... dahulu mereka tinggal di rumah moyang kami.. betul2 di tepi kawasan pantai ini... laut dah jadi tempat mandi utama.. menggelongsor dari dahan besar pokok terus ke laut.. heheh..terbayang keadaan itu... batch kami jugak selalu ke sini.. bila teringin nak mandi laut.. tak perlu sesak2 di kawasan pantai lain... pantai ini dah jadi kawasan tertutup keluarga kami... ada kala nya kami ke kuala sungai... sebelum 'dihambat' kerana tidak pulang walaupun matahari dah terbenam... hehehe... pengalaman anak kampung yang sangat indah... bertahun sudah saya tinggal kan pantai...