Saturday, 4 June 2011

Fort Cornwallis - Georgetown, Pulau Pinang - Retak Menanti Belah

oleh MKA,

Jika anda ke George Town, satu tempat yang wajib dilawati adalah Padang Kota atau Esplanade. Jika anda berada di sini, pasti akan terlihat akan sebuah monumen lama yang besar di mana di dalamnya terdapat sebuah rumah api. Ia dipanggil Fort Cornwallis, sebuah kubu lama yang didirikan sebagai satu mekanisme pertahanan British dari serangan musuh pada masa itu seperti lanun, Perancis yang berperang dengan British semasa perang Napoleon dan Kerajaan Kedah yang inginkan kembali Pulau Pinang. Namun pada masa ini, diera moden yang mana ancaman perang sudah tidak lagi wujud, kubu ini diancam dengan musuh yang saban hari memusnahkan strukturnya sedikit demi sedikit, iaitu usianya sendiri dan kekurangan dana untuk penyelenggaraannya.

Tembok kota. Gambar diambil dari pintu masuk utama.

Selepas 225 tahun, apakah mungkin kubu ini akan masih wujud lagi katakanlah untuk 100 tahun lagi? Ya boleh, tetapi dengan syarat, ia harus dijaga dengan baik jika kita ingin cucu cicit kita nanti dapat lihat apa yang ditinggalkan oleh generasi terdahulu. Tetapi dari apa yang dapat dilihat, mungkin ia akan masih wujud 100 tahun lagi, mungkin bukan lagi sebagai sebuah monumen, tetapi lebih kepada puing-puing dari peninggalan binaan zaman silam yang sudah dilupakan. Adakah kita rela ia berlaku sedimikian? Jawapannya ya, kerana bangsa kita adalah bangsa yang tidak mahu belajar dari sejarah serta tidak tahu akan kepentingan tinggalan-tinggalan sejarah.Ini dibuktikan dengan kedatangan pelancong tempatan yang amat kurang sekali.


Dari pengamatan kasar, terdapat kesan-kesan yang mana mungkin ada aktiviti-aktiviti penyelenggaraan dikakukan seperti apa ynag penulis sempat lihat, kontraktor memotong rumput dikawasan sekitar. Namun adakah yang dilakukan itu mencukupi untuk menyelenggara bangunan berusia lebih 200 tahun? Tidaklah diketahui dengan tepat sebab mengapa ia tidak begitu dijaga, tapi kemungkinan yang paling besar adalah kekurangan dana. Kos yang amat besar serta berterusan diperlukan untuk menyelenggara aset sedemikian. Tetapi kita tidak mempunyai jalan lain selain dari menjaga artifak sejarah kita yang masih wujud walau betapa besar sekalipun dana yang diperlukan kerana ia tidak ternilai dengan wang ringgit.

Satu lagi persoalan yang amat penting iaitu, adakah pihak yang bertanggungjawab lakukan apa yang patut bagi memberi gambaran yang baik kepada pelancong terhadap monumen sejarah kita. Lupakanlah kepada rakyat Malaysia, kerana secara generalnya kita tidak minat kepada sejarah. Dari maklumbalas yang diterima, rata-rata pelancong berasa amat terkilan dengan aspek konservasi dan penyelenggaraan. Sebagai contoh, bilik yang menempatkan plak informasi dibiarkan berhabuk tanpa pembersihan serta alat penghawa dingin yang rosak dibiarkan begitu sahaja serta ditutup dengan kain buruk. Justeru kami menyeru semua pihak yang terbabit mengambil tindakan sewajarnya untuk menyelesaikan masalah ini sebelum ia menjadi lebih parah lagi.

Kami mencadangkan badan persatuan sejarah Pulau Pinang, Persatuan Sejarah Malaysia serta agensi-agensi kerajaan yang terlibat supaya lebih serius dalam menjaga kota bersejarah ini. Untuk pengetahuan pembaca, pada tahun 1977, kota ini telah disenaraikan dibawah Akta Antikuiti 1976 sebagai monumen bersejarah. Pada tahun 2000, kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM 1.9 juta bagi tujuan konservasi serta membaikpulih yang selesai setahun kemudian.Untuk rekod, ia adalah projek pembaikan semula besar-besaran yang terakhir, sejak dari itu, kota ini agak terbiar serta hanya menikmati penjagaan yang minimum sejak dari itu.

Harus diingat bahawa penyelenggaraan kota ini telah diswastakan pada tahun 1991 bagi meningkatkan kualiti pengurusannya. Persoalannya sekarang adakah ianya berkesan? Jawapannya terlalu banyak aspek yang boleh dibahaskan.

Patung Sir Francis Light

Bilik-bilik yang menempatkan plak informasi.

Gereja kecil yang unik tetapi tiada apa-apa yang menarik.

Ruang dalam chapel yang usang serta tidak dihias.
Unit penghawa dingin yang tidak berfungsi sudah tentu memberikan gambaran yang negatif kepada para pelancong.
Bilik-bilik yang menempatkan plak informasi.
Satu-satunya kawasan yang dijaga dengan rapi serta dihias adalah kedai cenderamata.
Bilik penyimpanan ubat meriam.

Meriam Seri Rambai yang ditempa pada tahun 1603 dan dihadiahkan kepada Sultan Johor pada tahun 1606. Pada 1613 ia telah ditawan oleh Portugis dan dibawa ke tanah Jawa dan disimpan di sana sehingga 1795. Kemudian ia telah diberi kepada Acheh dan dibawa ke Kuala Selangor. Akhirnya ia telah dirampas oleh British dan ditempatkan di Fort Cornwallis pada 1871.



Ruang dalam bilik ubat bedil. Tidak terjaga serta amat uzur.

1 comment: