Sunday, 25 September 2011

Budak 2 tahun ditahan polis kerana memandu di jalan raya

by MKA,

Irdina kini sudah pandai menuggang motosikal bateri. Oleh kerana beliau masih belum memiliki lesen memandu, maka beliau hanya dibenarkan memandu di dalam kawasan rumah sahaja.
Walaupun hanya di dalam rumah, aspek keselamatan seperti memakai topi keledar tetap diberikan perhatian yang sewajarnya.
Topi keledar yang digunakan mempunyai ciri-ciri keselamatan sama seperti yang ditetapkan oleh JPJ.

Undang-undang jalanraya tetap dikuatkuasakan walaupun didalam rumah.

Perlindungan insurans serta cukai jalan tidak diabaikan bagi memastikan keselamatan anda senantiasa terjaga.

Sebelummemulakan perjalanan, kenderaan mestilah diperiksa dengan teliti bagi memastikan perjalanan yang lancar.

Sentiasa peka dengan kenderaan lain di jalan raya.

Doa jalan jangna dilupakan.

Selamat memandu.

Sekian.

No comments:

Post a Comment