Tuesday, 22 November 2011

Timnas Malaysia juara, kelab dangdut seluruh Indonesia ishtihar tutup

by MKA,

Malaysia berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Sukan Sea Laos 2009 dengan mengalahkan  pasukan anak Garuda menerusi penalty shoot out dengan keputusan 5-4 pada Sukan Sea 2011. Permainan seri 1-1 sehingga tamat 90 minit waktu hakiki permainan. Namun selepas 30 minit waktu tambahan, keadaan masih terikat 1-1. Perlawanan yang diadakan di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta (yang selalu jem), dihadiri kira-kira 100 000 penonton termasuk Jin yang datang atas seruan jampi serapah.
Jaringan terakhir Malaysia yang dijaringkan oleh kapten pasukan Cik Bad. Walaupun tanpa menggunakan jampi, bola yang telah ditampan bergolek masuk ke gawang Indon dengan bantuan Jin yang telah terkeliru kerana tidak mendapat briefing tentang peraturan penalty shoot out yang sebenarnya.

Tandukan mambang tanah. Tandukan ini harus dilakukan sedekat mungkin ke tanah.

Pasukan Malaysia menerima pingat emas di atas podium. Niat sebenarnya adalah nak bagi penyokong Indon merana.
Sehubungan dengan kekalahan pasukan Indonesia ini, presiden persatuan Kelab-kelab Dangdut dan Rumah Urut Seluruh Indonesia* (KEDARUSI) mengishtiharkan bahawa semua ahli-ahli yang bernaung di bawah persatuan ini akan menghentikan operasi mereka selama 3 malam berturut-turut bermula malam ini.

Sekian.

No comments:

Post a Comment