Tuesday, 27 December 2011

Saya Rindu....UPDATE!!

Saya rindukan kenangan ketika bercuti awal tahun 2011 yang lalu...
Kami berempat menghabiskan masa bersama-sama...
Destinasi awal ialah Pulau Pinang....

Penang Bridge

Kami sekeluarga menginap di Tanjung Bungah Beach Hotel...

Tanjung Bungah Beach Hotel

Gambar Ehsan Incik Google...
Berjalan-jalan melawat Pulau Mutiara itu sehingga letih kaki melangkah...

Taman Rama-Rama...Ehsan Incik Google
cik Dina

kami bertiga

bertiga

eh...mana Cik Dina??

Cik Dina & Cik Umar

Cik Ayah, Cik Dina & Cik Umar

Taman Botani..Ehsan Incik Google
Kami bertiga di Taman Botani a.ka Kebun Bunga
Ibu dan Cik Umar

Cik Dina

Cik Umar

Taman Botani lagi...Ehsan Incik Google
Pelan asal ke Bukit Bendera tidak tertunai kerana Cable Car dalam proses baik pulih...Ehsan Incik Google
Gambar-gambar koleksi Incik Suami haruslah dicari semula untuk diupload...sementara itu terpaksa meminta belas ehsan Incik Google untuk penggunaan gambar-gambar berkaitan...huhu

Hari kedua...kami menaiki feri untuk ke tanah seberang dan terus ke destinasi berikutnya iaitu Perak....

feri pulau pinang
"pasang brek tangan sepenuh-penuhnya....."

atas feri


cik ayah & cik umar
 
Saya bangga menceritakan saya kerap menaiki feri satu ketika dahulu kerana emak dan ayah tinggal di Kem Tentera Udara Butterworth...(kerana saya tinggal bersama nenek di Melaka)...heheh...

Saya juga berpeluang melintasi Jambatan Pulau Pinang tanpa tol suatu ketika dahulu...ketika itu kenderaan boleh berhenti di ruangan tepi jambatan untuk menikmati keindahan pemandangan...

Kini, anak-anak kami bawa sekali merasai pengalaman yang sama...menaiki feri dan melintasi jambatan Pulau Pinang...

Kami ke Bukit Merah Laketown Resort...

Bercuti pada hari bekerja dan bukan cuti sekolah sangat lah mendamaikan..heheh...(tgk la masa anak da stat sekolah nanti)...tidak perlu berebut untuk semua perkara...semuanya tenang tanpa gangguan

Ehsan Incik Google


ehsan Incik G
dalam bot ke pulau orang utan
cik dina...macam cuak je
cik dina @ pulau orang utan


Cik umar & orang utan...

Pulau Org Utan..Ehsan Incik G
Ehsan Incik G...
Cik ayah & Cik dina mandi-manda
oppsss...
suke nye dia...
cik adek...


Satu perkara yang buat saya begitu teringat akan Bukit Merah adalah bilik penginapan yang sangat-sangat selesa...superb...

Ehsan Google
Saling tak tumpah seperti gambar tersebut...ayah dan kakak tido di atas katil queen size..manakala ibu dan adek di katil single...yang tak berapa single...3/4 queen size...sangat luas sbb adek tido berhimpit dengan ibu...
wardrobe yang praktikal...tak perlu pun almari bagai sebab konsepnya bukan orang nak tinggal bertahun, berbulan pun tidak...cukup la rel kayu untuk menggantung baju...

Saya akan meminta Incik Suami membuat pencarian gambar-gambar ketika kami bercuti untuk entry ini...

Semoga tahun depan kami berpeluang lagi menikmati kemanisan percutian bersama-sama...

Alhamdulillah atas rezeki Mu Ya Rahman....
nikmat percutian sekeluarga...
nikmat bahagia bersama suami dan anak-anak...
nikmat kemudahan ini...
nikmat kemampuan ini...
nikmat kesihatan ini...
nikmat kelapangan masa ini..
moga kami tidak melupakan Mu...
jangan lah Engkau melupakan kami Ya Allah...

Entry ini telah di UPDATE dengan gambar-gambar kejadian sebenar....heheh...

2 comments:

  1. next year nk g mane plak? da decide ke?

    -mka-

    ReplyDelete
  2. dear mr mka...hihihi...tak tau la incik abang...cukup la dlm malaysia...tidak pernah berhajat untuk ke negara orang...

    ReplyDelete