Dine @ Lerk Thai Jusco AU2
Terjumpa satu restoran maskan Thai di Jusco Keramat AU2. Our first impression was pretty good. Restorannya cantik dan bersih(rasanya mereka tidak menggunakan pelaris). Layanannya seperti restoran-restoran lain yang sama kelas dengannya. Tetapi anda tidak boleh harap lebih dari itu, jika lebih dari itu anda boleh lah masak sendiri di rumah dan layanlah diri anda sendiri. Semasa kami berada di sana, tetamu tidaklah begitu ramai iaitu cuma lebih kurang 10 orang sahaja, tetapi dek kerana mereka ni suke memekak, agak hiruk-pikuklah restoran ini. Tetapi ia agak lengang untuk waktu puncak makan malam. Melihat kepada kerusi dan meja yang digunakan, ia agak selesa dan kelihatan mahal (kelihatan je, harga sebenar tidak diketahui). Jauh lebih baik dari menggunakan perabot IKEA. Menu yang ditawarkan sudah tentu lah masakan Thai (nama pun ade tulis Thai), tetapi ia tidaklah seperti masakan siam yang biasa ditawarkan di restoran-restoran siam tom-yam yang biasa kita jumpa. Maskan disini lebih kepada...