Terjumpa satu restoran maskan Thai di Jusco Keramat AU2. Our first impression was pretty good. Restorannya cantik dan bersih(rasanya mereka tidak menggunakan pelaris). Layanannya seperti restoran-restoran lain yang sama kelas dengannya. Tetapi anda tidak boleh harap lebih dari itu, jika lebih dari itu anda boleh lah masak sendiri di rumah dan layanlah diri anda sendiri. Semasa kami berada di sana, tetamu tidaklah begitu ramai iaitu cuma lebih kurang 10 orang sahaja, tetapi dek kerana mereka ni suke memekak, agak hiruk-pikuklah restoran ini. Tetapi ia agak lengang untuk waktu puncak makan malam.
Melihat kepada kerusi dan meja yang digunakan, ia agak selesa dan kelihatan mahal (kelihatan je, harga sebenar tidak diketahui). Jauh lebih baik dari menggunakan perabot IKEA.
Menu yang ditawarkan sudah tentu lah masakan Thai (nama pun ade tulis Thai), tetapi ia tidaklah seperti masakan siam yang biasa ditawarkan di restoran-restoran siam tom-yam yang biasa kita jumpa. Maskan disini lebih kepada masakan utara Thai. Secara amnya dua jenis pilihan yang ada iaitu maskan nasi goreng dan berlauk. Kami memilih masakan berlauk.
Spicy Seafood. Kepah, sotong dan fish cake. Agak pedas kerana banyak rempah yang digunakan didalam penyediaanya. Apa sebenarnya yang diletakkan wallahualam.
Fish in a sack. Rasa sangat lazat kerana diadun dengan rempah ratus. Isinya yang lembut serta mudah dikunyah. Tidak terlalu berminyak dan digoreng tidak terlalu mentah atau terlau garing, just nice..Wallah...Enak dimakan semasa panas. Apabila sejuk, ia menjadi agak liat tetapi masih enak dimakan.
Terung & ayam masak lemak. Yang boleh jugak laa, tapi aku tak suke sangat sebab aku tak suke terung.
Brokoli dimasak dengan udang. Yang tidak pedas. Brokoli dimasak tidak terlalu lembik mahupun terlalu mentah.
Fruit Juices. Terlau pekat tetapi tidak begitu berupaya menghilangkan dahaga. Tidak digalakkan minum selepas bersukan. Tapi kalau kamu bersukan takkanlah terus masuk dalam restoran cam ni.
Rough net price of all the servings above is about RM110. Please do not forget to bring along your jusco card to enjoy 15% discount on the total bill. A bit pricey but worth it.
Budak kecik tak boleh makan pedas, kene makan nestum je lah yeee.
No comments:
Post a Comment