By MKA,
Zoo Taiping adalah sebuah zoo (of course) yang terletak di Taiping (takkan di Kota Bharu pula), Perak Darul Ridzuan. Ia lebih dikenali sebgai "Zoo Tepen" oleh penduduk tempatan. Ia menempatkan berbagai jenis haiwan liar yang amat jarang kita boleh jumpai di luar. Yuran masuk adalah RM12.00 untuk orang dewasa atau nampak seperti dewasa, dan diskaun 50% untuk kanak bawah 12 tahun dan warga emas. Disamping itu pihak Zoo juga akan memberikan diskaun kepada penduduk tempatan. Semasa anda membeli tiket anda akan ditanya: "Encik dari mana?". Jika anda berkehendakkan diskaun, jawablah begini: "saya mai daghi Kamuntin, oghang sini jaa". Namun yang demikian, penulis tidak menyokong sebarang penipuan dan menasihati kepada setiap pengunjung supaya jujur dan ikhlas.
Mengikut fakta, Zoo Taiping tidaklah sebesar Zoo Negara di kuala Lumpur dan Zoo Melaka di Ayer Keroh. Tetapi mengikut pengalaman kami yang hanya berjalan disepanjang trek, untuk menghabiskan satu tawaf memang boleh lepuh kaki di buatnya. Bagusnya Zoo ini, treknya dibina hanya satu route sahaja, dan tidalah bersimpang-siur yang bisa membuatkan pengunjung "ter-skip" beberapa binatang serta pening-pening lalat.
Satu lagi kebaikan zoo ini adalah "tram ride" diberi percuma sahaja tanpa sebarang kos tambahan. Hampir semua binatang yang anda jangkakan dari sebuah zoo boleh didapati di sini kecuali zirafah.
Gambar-gambar yang dilampirkan di bawah adalah di ambil dari Zoo Taiping.
No comments:
Post a Comment