Posts

Tambah ilmu

Image
Tiba tiba mendapat semangat untuk belajar menjahit. Heheh. Mujur uwan sanggup mengajar ibu mengambil ukuran, memotong kain dan praktikal menjahit ibu lakukan sendiri. Irdina,umar dan eecha menjadi mangsa eksperimen ibu. Untuk eksperimen pertama. Ibu hanya menjahit baju kurung irdina. Walaupun ada kepincanganya tapi ibu tak putus asa untuk mengcover kecacatan itu.heheh posted from Bloggeroid

Spontan

Situasi 1 : semasa di meja makan Ibu : kakak,nama ayah apa? Dina : kembang ( senyum-senyum ) Ayah : ( jeling dina ) Ibu : ( gelak gile ) Moralnya, jangan la tanya dina apa2 soalan masa dia dlm mood tidak serius.anda akan menerima jawapan merapu tahap gaban. ________________________________________________ Situasi 2 : on the way ke Tesco Ibu : kakak, ibu ayah anta kakak dok umah atok alang yer? Tido sana ngan adek.ok ke? Dina : eh,kite kan nak g teko ( tesco versi kanak2 ) Ayah + ibu : aik,masa bile kite cakap kat dia? ( pelik ) Moralnya, anak2 mempunyai minda yang 'terang'. IQ mereka masih mantap,cepat ingat apa yang di ajar dan apa yang mereka nampak serta dengar. Berhati-hati dengan tutur kata anda ye wahai ibu dan ayah. Umar zareef seorang yang aktif tapi mulutnya agak manja untuk berkata-kata seperti petahnya kakak. Tapi,jangan cabarnya untuk menjerit,anda akan kalah. Heheh~ posted from Bloggeroid

Yang terindah

Image
Kau yang bernama cinta Kau yang memberi rasa Kau yang cipta kan bahagia Hingga aku terasa indah With all my heart,i love you, you and you. posted from Bloggeroid

Jaez Halal Mart, Kg. Sungai Kelambu, Banting

Image
by MKA, Memandangkan ketibaan hari lebaran yang sudah hampir, maka tibalah masanya untuk kita membeli dan membelah untuk hari raya. Jika lambat nanti akan berkumandanglah khutbah dari ibu kami yang cuak kalau-kalau hari raya tanpa kuih raya. Jika itu terjadi, bermakna ia adalah satu catastrophic disaster, bukan sebab malu kepada tetamu yang datang, tetapi sakit telingan dengar leteran ibu. Maka untuk mengelakkan sebarang perkara buruk berlaku, kami bawa sendiri ibu kami untuk bershopping di tempat yang beliau suka. Disampaikan oleh rakan-rakan gosipnya bahawa terdapat satu kedai borong yang menjual kuih raya serta kerepek-kerepak pada harga yang amat berpatutan. Maka dengan cergas kami bergegas ke tempat yang didakwa itu. Ia adalah Jaez Halal Mart di Kampung Sungai Kelambu, Banting, Selangor. First impression kami, memang terlampau banyak pilihan yang ada. Jika iman tidak kuat memang boleh pokai dibuatnya. Makanan serperti keropok dan kerepek kebanyakannya dibuat sendiri oleh pengusaha...

Gurauan membawa padah

Murtad adalah isu yang paling sensitif untuk diperkatakan. Namun post ini dibuat untuk mengingatkan diri sendiri, suami, anak-anak dan semua keluarga agar berjaga-jaga kerana ada kala nya perbuatan kita secara tidak sedar telah menjurus diri kita kepada MURTAD... Diambil isi-isi nya daripada sumber-sumber ilmiah yang boleh dipercayai : Murtad dari segi bahasa bererti kembali daripada sesuatu dan menuju kepada sesuatu yang lain daripadanya (al-Zuhaili. 1997 : 5576). Murtad juga disebut dengan perkataan irtidad atau Riddah. Manakala dari segi istilah syarak murtad ialah memutuskan Islam atau kembali daripada Islam kepada kufur selepas menganutinya dan seterusnya menganuti mana-mana agama atau mana-mana pegangan akidah (al-Zuhaili. 1997 : 5576). Antara perkara yang boleh menyebabkan murtad : Pertama: Mengingkari hukum yang telah diijmakkan padanya, hukum ini dikategorikan sebagai maklum min al-din bi al-dorurah seperti mengengkari kewajipan zakat, puasa,haji, minum arak, makan riba dan se...

Selamat Datang Afiq Darwish Hakimi @ Pok Kimi

Image
Kami mengucapkan selamat datang ke alam nyata kepada anak buah kami Afiq Darwish Hakimi bin Azman atau nama timangannya Kimi. Beliau telah dilahirkan di Hospital Besar Melaka pada tanggal 11 Ogos 2011. Kami semua mendoakan agar beliau kelak akan menjadi orang berjaya seperti Kimi Raikkonen. Upacara pemandian air merah. Kakak Dina dan Abang Ayep suke sangat tengok adik Kimi mandi. Liya Kini sudah ada adik lelaki. Sekian,

argkhhhh....

Image
ada masanya sekeping gambar lebih menceritakan segala-galanya berbanding kata-kata