Posts

Showing posts from February, 2011

IrdinaZareef Travel: Semenyih Rabbit Farm

Image
by MKA, Setelah membaca dengan penuh ghairah artikel berkenaan Semenyih Rabbit Farm di NST, saya berasa amat teruja untuk melihat kehebatan, kecantikan dan ke"best"an taman arnab ini. Sebelum ini penulis beranggapan bahawa taman arnab hanyalah taman yang terdapat arnab, tetapi semuanya berubah setelah penulis menjejakkan sendiri kaki ke taman ini sehingga terpijak tahi kuda. Terletak hanya lebih kurang 30 minit pemanduan dari Kuala Lumpur, ia memang ideal bagi warga kota.Yuran masuk ke taman ini adalah sebanyak RM 5.00 sahaja untuk dewasa, dan percuma untuk kanak-kanak bawah 2 tahun. Budak atas 2 tahun tidaklah diketahui.Antara aktiviti yang menarik disajikan disini ialah seperti memberi makan kepada arnab serta binatang lain, kejar binatang dan menaiki kuda padi. Pemilik taman ini memang mempunyai idea yang sangat  bijak iaitu dengan menjual pek makanan yang boleh dibeli dengan harga RM 10.00. Maka keuntungan boleh dicapai dengan tiga cara iaitu pertama, dengan harga yuran m...

Irdina Zareef Travel: Zoo Taiping

Image
By MKA, Zoo Taiping adalah sebuah zoo (of course) yang terletak di Taiping (takkan di Kota Bharu pula), Perak Darul Ridzuan. Ia lebih dikenali sebgai "Zoo Tepen" oleh penduduk tempatan. Ia menempatkan berbagai jenis haiwan liar yang amat jarang kita boleh jumpai di luar. Yuran masuk adalah RM12.00 untuk orang dewasa atau nampak seperti dewasa, dan diskaun 50% untuk kanak bawah 12 tahun dan warga emas. Disamping itu pihak Zoo juga akan memberikan diskaun kepada penduduk tempatan. Semasa anda membeli tiket anda akan ditanya: "Encik dari mana?". Jika anda berkehendakkan diskaun, jawablah begini: "saya mai daghi Kamuntin, oghang sini jaa". Namun yang demikian, penulis tidak menyokong sebarang penipuan dan menasihati kepada setiap pengunjung supaya jujur dan ikhlas. Mengikut fakta, Zoo Taiping tidaklah sebesar Zoo Negara di kuala Lumpur dan Zoo Melaka di Ayer Keroh. Tetapi mengikut pengalaman kami yang hanya berjalan disepanjang trek, untuk menghabiskan satu ta...

Legakan Tekanan Perasaan Berlandaskan Islam

Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana.Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah. Tip Mengurangkan Tekanan Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan bertujuan bagi mengurangkan tekanan kerja:- Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajara...

IrdinaZareef Travel: Taman Mini Malaysia, Ayer Keroh, Melaka

Image
by MKA, Cuti panjang tahun baru cina yang bersambung dengan cuti hujung minggu menyebabkan hampir semua destinasi tarikan pelancong (dan juga pelencong) mencatatkan kedatangan yang amat luar biasa, luar jangkaan dan di luar batasan. Jika anda hadir lewat ke destinasi yang diingini, beberapa perkara yang anda harus expect seperti kesesakan lalu lintas (orang lalu melintas depan kereta anda), tiada parking dan yang lebih buruk lagi tak boleh masuklangsung. Itulah yang terjadi kepada kami yang konon bercadang untuk melawat Zoo Melaka. Alangkah terkejut beruk kami melihat pintu masuk Zoo Melaka yang dipenuhi sejenis spesis binatang Homo Sapiens (mengikut terma saintifik) yang mengerumuni pintu masuk sehingga memang dah tak boleh masuk lagi dah. Jadi kami membuat U-turn (halal tau) untuk ke Taman Mini Malaysia pula sebagai pilihan terakhir. Pintu masuk Taman Mini Malaysia yang sungguh indah menawan hati. Yuran masuk ke taman ini adalah RM 5.00 satu kepala untuk dewasa atau yang nampak se...