Posts

Showing posts from March, 2011

Diary: Our 3rd Anniversary (Part 2)

Image
By MKA, Ini adalah kesinambungan dari posting pertama kami DI SINI   . Umar Zareef yang sental apa saja. Apa sahaja disuap akan dimakan. Tapi kebelakangan ni da pandai demand sikit. Nak makan yang sedap jee. Irdina yang bosan menuggu makanan yang tidak kunjung tiba. Irdina kalau ade air, minum je lah keje die. Makan tak nak. Sesekali makan makanan omputih laa pulak. Undilah saya untuk masa depan yang lebih terjamin. Antara manifesto saya ialah, setiap kanak-kanak di bawah 2-tahun yang bermastautin di Mukim Ampang dalam tempoh sekurang-kurangnya 1 tahun dari tarikh permohonan yang mana tempoh waktu tersebut adalah berterusan dan kedua ibubapa atau salah seorang darinya adalah anak jati Selangor atau telah menetap di Selangor selama 10 tahun berturut-turut dari tarikh permohonan dan warganegara Malaysia yang sah, layak menerima subsidi 100% keatas pembelian botol susu BPA free yang mana pembelian tersebut disertakan dengan resit pembelian yang sah serta pembelian itu tidak lebih dari...

Travelog:- Taman Air kanak-kanak Presint 9 Putrajaya (yang menyeramkan)

Image
By MKA, Bagi meraikan kedatangan julung kalinya Papa (Pak Long) dan Mama (Mak Long) IrdinaZareef ke rumah kami, kami telah membawa mereka semua makan malam di Sri Teja Foodcourt Presint 9, Putrajaya. Selepas selesai melantak, kami pun bergegas ke taman permainan dan taman air kanak-kanak yang betul-betul berdepan dengan foodcourt tersebut, memang depan jeee, ade dekat situ, nampak tak? Haaaaa kan???? Oleh kerana barangkali pihak pengurusan taman yang kempis kantungnya, maka taman ini dibiarkan bergelap pada waktu malam. Namun dengan keazaman yang tinggi, tanpa menghiraukan persekitaran yang gelap gelita, kami telah membawa anak-anak bermain di taman permainan tersebut. Berikut adalah gambar-gambar yang diambil semasa anak-anak bermain. Setelah diperhatikan dengan teliti, tiada satu pun gambar yang menunjukkan kehaduran lembaga misteri. ( g ambar-gambar org yang tidak berkenaan dlm hidup telah diambil tindakan sewajarnya )

Diary: Our 3rd Anniversary (Part 1)

Image
21/03/2011 yg lepas genap 3 tahun usia rumah tangga kami...alhamdulillah, kami masih tetap setia untuk sama-sama mengharungi susah payah, merasai kemanisan dan erti kehidupan...bersama 2 org cahaya hati kami...irdina & umar.... Sambutan sekadar untuk mengingati semua detik manis yg lalu...saat-saat mula hidup bersama... ulangtahun pertama pada 2009, disambut hanya sekadar ucapan kerana kami berjauhan...(dlm pantang setelah melahirkan Irdina) ulangtahun kedua pada 2010, disambut sekadarnya kerana dlm minggu-minggu terakhir untuk melahirkan Umar.... Ulangtahun Ketiga..alhamdulillah,riuh melayan keletah Irdina&Umar dlm acara makan-makan "kik" (kek) seperti permintaan irdina... Sesekali selera perlu diubah ke tempat-tempat makan selain rumah...boleh lah 'cuti' masak & menghela nafas lega bile melihat sang Puteri berselera makan...(kalau tidak, terpaksa lah Ibu berlakon garang untuk pastikan sesuap nasi masuk ke mulut Irdina)...aduuuhai anak, kenapa la susah sg...

Ulang tahun kelahiran ke-2 puteri kami Irdina Ameenah

Image
Tanggal 27 Februari 2011, genaplah 2 tahun usia puteri kami Ir dina Ameenah bt Mohd Khairul. Maka satu majlis sambutan hari jadi serta doa kesyukuran telah diadakan bertempat di kampung ibu beliau di Tanjung Bidara, Melaka. Sambutan hari jadi yang dilangsungkan secara sederhana tersebut telah dihadiri oleh kaum keluarga serta saudara-mara terdekat sahaja. Irdina juga sangat bertuah pada hari itu kerana Mama (Mak Long) beliau telah dengan berbesar hati menginfakkan sebahagian dari harta kekayaan beliau untuk membeli kek harijadi Irdina. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kek yang dibeli dari sebuah kedai kek yang tersohor di Melaka itu amat lazat sekali. Ini diperkuatkan lagi dengan jutaan pujian yang diterima dari para hadirin. Majlis yang bermula kira-kira pada pukul 3 petang itu telah dimulakan dengan bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Yang Berbahagia al-Fadhil Ustaz Muhammad bin Haji Marzuki. Sejurus selesai bacaan doa tersebut, majlis diserikan lagi dengan amalan orang Ero...