Bagi meraikan kedatangan julung kalinya Papa (Pak Long) dan Mama (Mak Long) IrdinaZareef ke rumah kami, kami telah membawa mereka semua makan malam di Sri Teja Foodcourt Presint 9, Putrajaya. Selepas selesai melantak, kami pun bergegas ke taman permainan dan taman air kanak-kanak yang betul-betul berdepan dengan foodcourt tersebut, memang depan jeee, ade dekat situ, nampak tak? Haaaaa kan????
Oleh kerana barangkali pihak pengurusan taman yang kempis kantungnya, maka taman ini dibiarkan bergelap pada waktu malam. Namun dengan keazaman yang tinggi, tanpa menghiraukan persekitaran yang gelap gelita, kami telah membawa anak-anak bermain di taman permainan tersebut. Berikut adalah gambar-gambar yang diambil semasa anak-anak bermain. Setelah diperhatikan dengan teliti, tiada satu pun gambar yang menunjukkan kehaduran lembaga misteri.
(gambar-gambar org yang tidak berkenaan dlm hidup telah diambil
tindakan sewajarnya)
No comments:
Post a Comment