Saturday, 12 May 2012

Melaka Kitchen @ Mines2

MKA,

Memang tidak banyak kedai makanan Melaka yang bertaraf restoran terdapat di sekitar Lembah Klang. Yang adapun gerai-gerai di tepi jalan yang mana untuk makan bersama anak-anak kecil mungkin tidak selesa. Jadi selepas sahaja kami mendapat tahu tentang restoran ini dari blog jom libur, kami terus membuat keputusan untuk mencuba. Ia terletak di tingkat satu bangunan Mines2 yang terletak bersebelahan the Mines yang dipisahkan oleh sebuah jalan kecil.


 
Jika anda on the rush atau memang tidak boleh menuggu lama untuk pesanan makanan anda, mungkin restoran ini bukan untuk anda. Tapi mungkin masa yang lama diambil bagi memastikan kualiti makanan yang dihasilkan. Kami menunggu selama 15 minit untuk pesanan kami.


Air Limau ais

Teh O ais
Asam Pedas Tenggiri
Asam pedas adalah signature dish restoran ini. Bagi menu ini, anda dinasihatkan untuk mengambil set menu yang berharga RM 8.90. Asam pedas yang dimasak memang mempunyai rasa yang amat lazat serta pekat. Kami memang rekomen set ini kepada nada anda semua.

Irdina dan Umar mengisi masa sambil menuggu makanan.
Nasi yang datang bersama set asam pedas.

Kids platter.
Kids platter dihidangkan bersama sosej goreng serta fish ball.
Mee Gulung Naini.
Mee gulung Naini adalah mee yang digulung dengan telur seperti nasi pattaya dan disedikan dengan kuah yang seakan-akan kari tetapi bukan kari. Walaupun ia nampak menarik, tetapi pada pendapat peribadi saya, rasanya ok tetapi tidak ada banyak kelainan dari mee kari biasa selain dari telur gulung. Yang ini berharga RM 7.50.

Kuih buah Melaka.
Di samping itu, terdapat juga kuih. Antara kuih yang dijual pada hari tersebut adalah karipap dan kuih buah Melaka yang mana ia juga adalah signature dish bukan hanya restoran ini, tetapi juga bagi Negeri Melaka.

Rimusan: Hidangan yang kami rekomen adalah asam pedas yang sememangnya antara terbaik yang anda boleh dapati di dunia ini dan mungkin yang terbaik di Lembah Klang. Namun bagi hidangan Mee, rasanya boleh tahan juga tapi tiada yang menarik untuk sebuah full-fledge restoran seperti ini dan pada harga yang ditawarkan. Tetapi jika anda ingin mencuba, kami alu-alukan. Presentation memang banyak yang harus diperbaiki. Harga adalah berpatutan untuk restoran konsep seperti ini. Adakah kami akan datang lagi? Jika kami datang ke Mines lagi, mungkin.

Sekian.

No comments:

Post a Comment