Wednesday 16 January 2013

Sama Rasa

Dalam rumah ni hanya saya sorang yang sukakan capsicum..



Selain banyak khasiat capsicum / lada benggala ini..rasa nya juga sedap..

Lada benggala mempunyai rasa tersendiri dan rendah kandungan potasium.
Lada benggala merah juga kaya dengan vitamin C,A,B6,asid folik dan serat menjadikan ia makanan yang mampu menyihatkan buah pinggang anda. 
Selain itu, kandungan likopen,sejenis antioksidannya juga baik dalam membantu mencegah kanser. Bagi mendapatkan manfaat nutrisinya secara maksimum,ia sesuai dimakan mentah atau dengan pencicah atau dibuat salad bersama isi tuna atau ayam. 
Lada benggala juga boleh dijadikan penambah perisa di dalam sandwich atau hidangan sayuran."

Oleh kerana susah sangat nak bagi anak- anak makan lada benggala ni..hari ni saya decide masukkan dalam masakan..jadi..sy blend lada benggala dengan bawang merah..jadi rencah untuk masak lemak sardin..
haaa...baru lah sama rasa...
heheh...


posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment